IKLAN KOMERSIAL

Selasa, 11 Januari 2011

Sekarang ketika penulis sedang bercuti satu meja berlambak penuh dengan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh pensyarah-pensyarah penulis. Pening nak memikirkan bahawa hendak mengagihkan masa dan waktu yang nak dibuat assignment ini dan sekarang ini masih membuat assignment lagi ,aduh ......kalau difikirkan mahu penulis malas nak buat assignment ni dah teruskan melepak seperti hari-hari dahulu selepas tamat SPM. Dulu lepas tamat je SPM terus melepak dekat masjid dan surau pada sebelah malam dan pada sebelah siang pula penulis menolong ibu membeli barang tapi masa itu sudah berlalu dan tidal boleh dikejar lagi, pada 20/06/2010 segala-galanya bermula kerana penulis terpilih untuk memasuki Universiti Industri Selangor. Sekarang penulis kini berada di Tahun Satu Semester Dua dan inilah pada waktu semester kedua inilah yang banyak mencabar kerana semua tugasan dikhendaki dibuat di luar kampus dan inilah yang memeningkan penulis untuk menyiapkannya dan pada cuti mid semester ini lah penulis hendak menyiapkan kesemua tugasan yang mempunyai dua tugasan yang besar dan penulis berdoa supaya permudahkan lah tugasan ini amin

Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU DAN NASI BERIANI

Setiap hari penulis melihat tahun baru di raikan di seluruh negara tak kira berlainkan agama dan bangsa seluruh dunia tak kira apa-apa agama untuk meraikan tahun baru,tetapi penulis teringin nak makan nasi beriani kat kampus,almaklumlah tengah dah nak cuti mid semester ni rasa macam nak cuti sekolah pertengahan tahun, teringin juga nak minum milo panas dan penulis teringin nak pergi makan angin tapi apakan daya penulis makin sibuk membuat tugasan-tugasan penting untuk peperiksaan akhir semester ini,kadangkala kita dapat melihat bahawa budaya asing yang dibawa oleh orang-orang barat terlalu besar impaknya sehingga orang-orang kita pun terpengaruh dengan cara-cara mereka dan penulis risau kerana masalah yang tidak selesaikan melalui perbuatan mereka itu boleh meyebabkan rosak akhlak di kalangan belia dan remaja.

Selasa, 27 Julai 2010

TV TAK HABIS-HABIS CITA ISU PASIR

Isu pasir seringkali didendangkan di peti televisyen setiap hari tak kira masa,namun apa yang dikesalkan adakah pihak berita tidak mendedahkan tabiat lain selain isu cerita pasir ini .diharapkan semua pihak jangan membuka keaiban orang lain

Jumaat, 11 Jun 2010

ISRAEL MENDARAT DI PORT KLANG

Semalam apabila penulis membaca sebuah akhbar bahasa melayu menyatakan sebuah kapal membawa kapal barangan yang berkibarnya bendera Israel tiba di Pelabuhan Klang kelmarin ,ia agak mengejutkan saya kerana ramai para demontrasi yang mengutuk-gutuk Israel menyerang kapal bantuan kita ,penulis beharap Israel mesti di boikot sampai bankrap.

Rabu, 3 Februari 2010

KENANGAN TENTANG MASJID KG BUJAL

Ketika tulisan ini dikarang saya teringat tentang peristiwa rancangan tanah berkelompok di kemaman terengganu yang sudah berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu,saya teringat bagaimana nasib beberapa peneroka yang mendirikan beberapa buah rumah dan sebuah masjid yang baru disiapkan tetapi dengan rakus pihak berkuasa tempatan merobohkan rumah dan masjid sekaligus tanpa berasa kasihan langsung pada peneroka tersebut malah para peneroka terpaksa mengumpulkan wang untuk membiayai peguam dan pelbagai bayaran lain,adakah pihak kerajaan melupakan sahaja insiden tesebut yang menangung kerugian walhal pemberian tanah tersebut telah diberi oleh kerajaan PAS terdahulu.Kalau peristiwa ini berlaku pada tahun ini sudah tentu ia mengalahkan kes kampung buah pala di pulau pinang tahun lepas,fikir-fikirkanlah....