IKLAN KOMERSIAL

Rabu, 12 Januari 2011

Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

Jan 12, 11 6:06pm


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama

Selasa, 11 Januari 2011

KENAPA BUDAK LELAKI DUDUK BELAKANG BERBANDING DEPAN

Ketika penulis sedang mengikuti kelas pengajian di universiti, penulis sekali-sekala akan melihat kebelakang dan kadangkala penulis terpandang 5 atau 10 orang kelas penulis akan bersembang-sembang,dan benda ini akan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran di kelas itu, kalau mengikut agama Islam kaum adam diminta duduk hadapan dan kaum hawa diminta duduk dibelakang.Dan penulis pun sangat hairan kenapa sangat budak lelaki suka duduk dibelakang berbanding duduk di depan......... Mungkin budak-budak lelaki ini suka menengok aurat orang perempuan agaknya dan budak-budak lelaki ini takut kena soal dengan pensyarah ke......Itu yang saya hairan bin pelik dan kenapa penulis suka duduk depan ................sebab penulis dapat mendengar secara jelas dan mendapat pahala lebih bukan markah lebih dan penulis tak suka markah bodek sebab itu markah dosa tu.Itu sebab penulis lebih suka duduk depan berbanding duduk belakang dan sebab itu lah penulis berdoa kepada Allah s.w.t agar permudahkanlah urusan hambaku ini buat sepanjang hayat....amin.. Wasalam

DUIT OH DUIT

"Zaman sekarang zaman duit kalau takde lagi tercekik" Sekarang kita berasa perit kerana zaman abad ke 21 ini zaman kena berduit............pergi tandas kena duit,isi minyak kena duit ,bayar tol pun kena duit nak naik bas pun kena duit bak kata orang"No Money No Talk,Have Money Can Talk" bertapa peritnya kalau tidak berduit,bila berlaku zaman kekurangan duit ramai pihak-pihak menawarkan skim cepat kaya atas nama sistem jualan langsung atau dikenali sebagai M.L.M (Multi Level Marketing) Untuk menjerat ramai individu untuk menyertainya mereka sanggup berlakon membawa kereta mewah dan permainkan istilah "insyallah,subhanaullah"dan macam-macam zikir lagi mereka mempermainkan kalimah-kalimah zikir Allah s.w.t. Dan ramai orang hangus duit modal yang besar-besar untuk memiliki kekayaan yang cepat dan pantas.Dan Penulis beharap kita bersabar dalam godaan dunia ini.
Sekarang ketika penulis sedang bercuti satu meja berlambak penuh dengan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh pensyarah-pensyarah penulis. Pening nak memikirkan bahawa hendak mengagihkan masa dan waktu yang nak dibuat assignment ini dan sekarang ini masih membuat assignment lagi ,aduh ......kalau difikirkan mahu penulis malas nak buat assignment ni dah teruskan melepak seperti hari-hari dahulu selepas tamat SPM. Dulu lepas tamat je SPM terus melepak dekat masjid dan surau pada sebelah malam dan pada sebelah siang pula penulis menolong ibu membeli barang tapi masa itu sudah berlalu dan tidal boleh dikejar lagi, pada 20/06/2010 segala-galanya bermula kerana penulis terpilih untuk memasuki Universiti Industri Selangor. Sekarang penulis kini berada di Tahun Satu Semester Dua dan inilah pada waktu semester kedua inilah yang banyak mencabar kerana semua tugasan dikhendaki dibuat di luar kampus dan inilah yang memeningkan penulis untuk menyiapkannya dan pada cuti mid semester ini lah penulis hendak menyiapkan kesemua tugasan yang mempunyai dua tugasan yang besar dan penulis berdoa supaya permudahkan lah tugasan ini amin

Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU DAN NASI BERIANI

Setiap hari penulis melihat tahun baru di raikan di seluruh negara tak kira berlainkan agama dan bangsa seluruh dunia tak kira apa-apa agama untuk meraikan tahun baru,tetapi penulis teringin nak makan nasi beriani kat kampus,almaklumlah tengah dah nak cuti mid semester ni rasa macam nak cuti sekolah pertengahan tahun, teringin juga nak minum milo panas dan penulis teringin nak pergi makan angin tapi apakan daya penulis makin sibuk membuat tugasan-tugasan penting untuk peperiksaan akhir semester ini,kadangkala kita dapat melihat bahawa budaya asing yang dibawa oleh orang-orang barat terlalu besar impaknya sehingga orang-orang kita pun terpengaruh dengan cara-cara mereka dan penulis risau kerana masalah yang tidak selesaikan melalui perbuatan mereka itu boleh meyebabkan rosak akhlak di kalangan belia dan remaja.

Selasa, 27 Julai 2010

TV TAK HABIS-HABIS CITA ISU PASIR

Isu pasir seringkali didendangkan di peti televisyen setiap hari tak kira masa,namun apa yang dikesalkan adakah pihak berita tidak mendedahkan tabiat lain selain isu cerita pasir ini .diharapkan semua pihak jangan membuka keaiban orang lain

Jumaat, 11 Jun 2010

ISRAEL MENDARAT DI PORT KLANG

Semalam apabila penulis membaca sebuah akhbar bahasa melayu menyatakan sebuah kapal membawa kapal barangan yang berkibarnya bendera Israel tiba di Pelabuhan Klang kelmarin ,ia agak mengejutkan saya kerana ramai para demontrasi yang mengutuk-gutuk Israel menyerang kapal bantuan kita ,penulis beharap Israel mesti di boikot sampai bankrap.