IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 5 Februari 2011

DIA BUKAN PENGANAS LA DIA MEMBAWA KEHARMONIAN DALAM ISLAM

'Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas'
Hazlan Zakaria
Feb 2, 11
11:51am

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

JANGAN CERITA BERBELIT-BELIT BOLEH TAK ????

Adun Pulau Betung ludah ke langit sendiri
Harakahdaily
PULAU PINANG, 5 Feb: ADUN Umno didakwa telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang apabila mendakwa bahawa risalah "My Balik Pulau" diterbitkannya.

"Sebenarnya ADUN Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Akhbar Umno Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan dakwaan Adun Pulau Betung, Muhamad Farid Saad kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang PR bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya "lupa sejarah, hina Melayu" kerana mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" ini.

"Sebenarnya ADUN Umno ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah
dari Umno dan Kerajaan Perseketuan.

"Sekiranya betul "My Balik Pulau" lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan Kerajaan Persekutuan sendiri," kata Lim Guan Eng.

Ini kali kedua Adun ini membuat kenyataan yang pelik dan simpang siur. Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan kenyataan beliau dalam satu forum yang mempersalahkan pimpinan Umno terhadap kemunduran Melayu di Pulau Pinang.

"Pada 23hb Nov, melalui pihak Media saya telah meminta supaya pihak Harakah untuk meminta maaf diatas artikel yang dikeluarkan dimuka depan, bertajuk ADUN BN Akui Umno Punca tanah Melayu Terhakis yang diterbitkan dalam Harakah Daily dan Akhbar Harakah (11 & 12 Nov.).

"Sehubungan itu, saya telah memberikan tempoh 14 hari, jika tidak saya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Hari ini 14 hari telah berlalu. Saya masih tidak mendapat apa-apa khabaran daripada pihak Harakah.

"Saya mempunyai pilihan sekarang ini untuk samaada meneruskan tindakan menyaman akhbar tersebut atau membiarkan sahaja isu ini terus diputar belitkan dalam ceramah-ceramah dipentas politik PAS.

"Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, saya membuat keputusan untuk memaafkan pihak wartawan pelapor dan penerbit Akhbar Harakah dan Harakah Daily diatas perlapuran yang tidak tepat dan yang telah menjejaskan imej saya," kata Muhamad Farid dalam kenyataannya.

Dalam kes kali ini, Lim Guan Eng berkata, apa yang amat keterlaluan ialah ADUN Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat lapuran berturut-turut mengecam kerajaan negeri PR yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila Umno dan kerajaan Perseketuanlah yang sepatutnya bertanggungjawab.

Malah, katanya, dalam bahan risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan Kerajaan Perseketuan dan pemimpin UMNO Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri.

Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri PR kerana terus pinggirkan orang Melayu, katanya.

Kata Lim, dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

Sungguhpun, kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu, yang "bersalah" adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri dan kenapa pula serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang dan dijadikan kambing hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang jahat seribu jahat ini.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri PR atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," katanya.

Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil.

Kemungkinan juga perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas permainan perkauman ADUN Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan suasana harmoni serta baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali.

"Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN ini untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA," dakwa beliau.

TOKSAH LE NAK LESENKAN LAMAN WEB SOSIAL NANTI SOK-SOK AWAK YANG KENA

Kawal internet bawa kekalahan BN
Rakyat marhaen
Jan 29, 11
10:06am
BN perlu berfikir panjang sebelum berkeras meneruskan usaha mereka untuk mengawal penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia kerana tindakan mereka ini mungkin akan "memakan diri sendiri".

Rakyat pasti bangun menghukum dengan menolak mereka dalam PRU13 nanti apabila kebebasan ini disekat.

Dengan mengawal internet, BN mungkin merasakan rakyat lebih mudah dikawal dan seterusnya mereka dapat menyekat dan mengawal kebangkitan rakyat Malaysia yang semakin cerdik dalam memahami apa itu demokrasi dan keadilan.

Jelas sekali, mengawal internet adalah tindakan terdesak BN yang takut dengan kebangkitan rakyat. Mereka baru sedar bahawa dengan internet, rakyat dapat mengekses segala maklumat yang selama ini tidak didedahkan media arus perdana di Malaysia ini.

Rakyat seharusnya mengambil peluang kebebasan menggunakan internet secara positif untuk menyebarkan segala salah laku dan kezaliman BN selama ini.

Jika rakyat Malaysia masih ragu dengan kuasa sendiri (kuasa rakyat) lihatlah mengapa kerajaan China tidak berani mengehadkan penggunaan internet di negara itu walaupun permainan di internet (permainan curi sayur yang sangat popular di sana).

Rakyat Malaysia harus sedar, dengan adanya kebebasan internet, kita dapat mempertahankan hak-hak utama kita iaitu kebebasan bersuara yang sepatutnya tidak dipandang remeh oleh kerajaan BN.

JANGAN NAK MENIPU DAN KLENTONGKAN ORANG LAA....

Padam Hansard: Maruah DUN S'wak tergugat
S Pathmawathy
Feb 3, 11
1:47pm
Jika ada bahagian-bahagian dalam Hansard yang dipadamkan secara sengaja, ia akan mengaibkan reputasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Hansard adalah cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.

NONEMenegaskan demikian, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang
Khim berkata sejak penubuhan institusi Parlimen dan dewan undangan negeri di negara ini, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku .

Teng (kanan) mengulas insiden di DUN Sarawak di mana ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui mendakwa sebahagian daripada ucapannya dalam persidangan dewan November lalu, tidak termasuk di dalam Hansard.

Yong telah menulis kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Awang Asfia Nasar mengenai perkara itu, tetapi beliau belum lagi menerima sebarang jawapan.

Menurut Yong, sebahagian daripada ucapannya menyentuh tentang keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari hansard.

ITULAH KALAU DAH BERKAWAN DENGAN ISRAEL HABIS RAKYAT GODAM KERAJAAN ITU

Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air


Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya"Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.


Sambungan berita UNiSEL yang kedua

Pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) menyaksikan 'perlawanan persahabatan' sesama calon Pro-Mahasiswa apabila tiada pihak tampil mencabar penguasaan tiga tahun kumpulan itu di universiti berkenaan.

Ketua jentera pilihanrayanya Muhammad Nasir Abu Bakar (bawah, bertali leher merah) bagaimanapun berkata, daripada kesemua 32 yang terdapat, pertandingan berlaku di kampus induk Bestari Jaya antara 14 calon bagi merebut 12 kekosongan kerusi umum.

NONE"Kita bertanding juga (sesama sendiri) bagi mewujudkan kesedaran politik di dalam kampus.

"Kesedaran berhubung demokrasi dalam kampus amat kurang, sebab itu kita hendak buat juga," kata pelajar tahun akhir daripada Fakulti Psikologi Industri itu.

Pilihan raya kampus Unisel menyaksikan 37 kerusi dipertandingkan dengan 24 kerusi umum dan selebihnya kerusi fakulti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasir, 23, berkata, selepas tiga kali pilihan raya kampus di universiti milik kerajaan negeri itu dijalankan, Pro-Mahasiswa tidak pernah ditentang oleh musuh tradisinya Pro-Aspirasi.

Kehadiran rendah

Hanya sekali sahaja pada tahun lalu, mereka dicabar oleh calon bebas untuk merebut kerusi fakulti tahun lepas, tambah mahasiswa tahun akhir Unisel itu lagi.

Ditanya kenapa perkara itu berlaku, Nasir menjelaskan ia ekoran kumpulan lawan mereka Pro-Aspirasi "tidak pernah ada" di universiti itu.

NONEUndi tertinggi diperoleh oleh pelajar tahun akhir jurusan matematik dan statistik Setiausaha yang juga setiausaha politik Pro-Mahasiswa unisel Mohd Shahimi Arifin.

Beliau berkemungkinan besar dilantik sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang baru.

Sementara itu, Nasir memaklumkan peratusan keluar mengundi kali ini amat sedikit apabila hanya 12 peratus daripada kira-kira 6,500 mahasiswa terlibat dalam pilihan raya yang menggunakan sistem e-undi itu.

"Itulah, masalah tahap kesedaran juga memainkan peranan (menarikmahasiswa terlibat)," katanya dengan nada kesal.

'Perlawanan persahabatan' pada p'raya di Unisel






Jimadie Shah Othman
Jan 27, 11
3:49pm


Pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) menyaksikan 'perlawanan persahabatan' sesama calon Pro-Mahasiswa apabila tiada pihak tampil mencabar penguasaan tiga tahun kumpulan itu di universiti berkenaan.

Ketua jentera pilihanrayanya Muhammad Nasir Abu Bakar (bawah, bertali leher merah) bagaimanapun berkata, daripada kesemua 32 yang terdapat, pertandingan berlaku di kampus induk Bestari Jaya antara 14 calon bagi merebut 12 kekosongan kerusi umum.

NONE"Kita bertanding juga (sesama sendiri) bagi mewujudkan kesedaran politik di dalam kampus.

"Kesedaran berhubung demokrasi dalam kampus amat kurang, sebab itu kita hendak buat juga," kata pelajar tahun akhir daripada Fakulti Psikologi Industri itu.

Pilihan raya kampus Unisel menyaksikan 37 kerusi dipertandingkan dengan 24 kerusi umum dan selebihnya kerusi fakulti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasir, 23, berkata, selepas tiga kali pilihan raya kampus di universiti milik kerajaan negeri itu dijalankan, Pro-Mahasiswa tidak pernah ditentang oleh musuh tradisinya Pro-Aspirasi.

Kehadiran rendah

Hanya sekali sahaja pada tahun lalu, mereka dicabar oleh calon bebas untuk merebut kerusi fakulti tahun lepas, tambah mahasiswa tahun akhir Unisel itu lagi.

Ditanya kenapa perkara itu berlaku, Nasir menjelaskan ia ekoran kumpulan lawan mereka Pro-Aspirasi "tidak pernah ada" di universiti itu.

NONEUndi tertinggi diperoleh oleh pelajar tahun akhir jurusan matematik dan statistik Setiausaha yang juga setiausaha politik Pro-Mahasiswa unisel Mohd Shahimi Arifin.

Beliau berkemungkinan besar dilantik sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang baru.

Sementara itu, Nasir memaklumkan peratusan keluar mengundi kali ini amat sedikit apabila hanya 12 peratus daripada kira-kira 6,500 mahasiswa terlibat dalam pilihan raya yang menggunakan sistem e-undi itu.

"Itulah, masalah tahap kesedaran juga memainkan peranan (menarikmahasiswa terlibat)," katanya dengan nada kesal.