IKLAN KOMERSIAL

Ahad, 27 Februari 2011

Banyak-banyak lah bertaubat ye

Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas, Curigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradawi

Oleh Suara Keadilan

AI45Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin.

Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Isnin, 21 Februari 2011

DARI MALAYSIA KINI

Calon MCLM perlu sertai PKR jika mahu tanding

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata parti itu mengalu-alukan kerjasama dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) pada pilihan raya akan datang.

Namun, beliau menegaskan bahawa calon MCLM itu perlu dimasukkan dalam kumpulan calon PKR, sekiranya ingin bertanding atas tiket parti berkenaan.

NONE

Bagi tujuan itu, calon berkenaan mestilah menjadi anggota PKR, tegas Rafizi (berbaju putih) pada satu sidang media hari ini.

"Tapi sebagai parti politik dan juga sebagai usaha kita untuk pastikan perkara-perkara yang kita dituduh lemah dahulu, mana-mana calon tak kisahlah daripada MCLM, dia perlu masuk kepada dasar kita dan perjuangan kita.

"Kalau ada calon yang betul-betul layak, dia boleh masuk kumpulan calon kita untuk dipertimbangkan," tegasnya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan calon berkenaan menukar sokongan setelah memenangi pilihan raya seperti yang berlaku ke atas sembilan orang wakil rakyatnya.

Tambahnya, kerjasama itu tidak boleh dilakukan semata-mata demi mencapai tujuan sama.

"Kita memang tegas, kalau ada calon yang berkaliber, memang kena masuk parti, lalui prosesnya. Kalalu betul-betul layak dan berkaliber seperti diumumkan saya pasti mereka akan mendapat tempat.

"Tapi kita tidak boleh lalui pengalaman sama seperti ada orang kata 'saya hendak bertanding atas tiket PKR, tapi saya mahu bekerja berdasarkan nurani saya sendiri'.

"Bekerja berdasarkan nurani inilah, bila nurani itu dipengaruhi oleh RM3 (juta atau) RM4 juta, nurani dia jadi lain," katanya Rafizi lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya lagi, masalah itulah yang dihadapi PKR seperti ini.

Beliau menyebut contoh ahli parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkiflee Noordin yang menjadi wakil rakyat bebas setelah dipecat daripada parti itu pada Mac tahun lalu.

"Kononnya dia menimbulkan isu berdasarkan nuraninya. Sedangkan (jika) mengikut peraturan parti, ianya sangat sukar (untuk timbulkan isu).

"Kita melalui pengalaman yang menyakitkan dalam isu ini. Jadi kalau semata-mata kita mahu lalui pengalaman sama, saya rasa tidak pintar dan tak adil untuk parti dan juga pakatan rakyat," katanya lagi.

DARI KELAB GREEN BOC

Anak Ayah Pin Cemerlang Dalam Pelajaran
Jertih: “Saya tidak tertekan dengan kisah ayah yang menjadi tumpuan rakyat negara ini, sebaliknya ia membakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran,” kata Mohd Khairul Adhar Arifin, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut, yang memperoleh 4A, sekali gus menjadi antara 12 pelajar cemerlang STPM Terengganu 2010.

Gambar: MOHD KHAIRUL menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM diterimanya, semalam.

Mohd Khairul berkata, sejak ayahnya yang lebih dikenali masyarakat sebagai Ayah Pin, meninggalkan ibunya Che Jaharah Awang, 52, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana menyebarkan ajaran sesat, dia bertekad berjaya dalam pelajaran bagi membalas jasa ibunya.

Beliau yang mendapat A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sastera dan Seni Visual berkata, hanya mengetahui mendapat keputusan cemerlang selepas dihubungi guru sekolahnya dan berhasrat memasuki pusat pengajian tinggi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi guru.

“Saya datang ke sekolah hari ini (semalam) selepas menerima panggilan guru untuk menerima slip keputusan STPM,” katanya ditemui selepas menerima keputusan STPM daripada Ketua Penolong Pengarah Akademik (Bahasa) Jabatan Pendidikan Terengganu, Che Soh Muda di sekolah itu semalam.

Selain Mohd Khairul, seorang lagi pelajar sekolah itu yang mendapat 4A ialah Nor Masrina Masri, 18, tetapi tidak dapat hadir ke sekolah kerana bekerja sementara di klinik swasta di Kuala Lumpur. -BH


Dari Tukar Tiub.blogspot


HARI HARI AKHIR SAEKOR KOLONEL



NOTA:
ini gambar MIRAGE F1 jet pejuang libya
yang lari mendarat di malta
pemandu jet pejuang ini lari kerana tidak mahu
menjatuhkan bom ke atas penunjuk perasaan




MUAK MUAK MUAK DENGAN DINASTI


dari hafez al asad ke basheer al-asad
dari kolonel gadafy ke saih al-islam gadafy
dari mubarak ke gamal mubarak
dari razak huseein ke najib razak
dari hussein onn ke hishamuin hussein
dari mahathir ke mukhriz mahathir

tak kan tak ada orang lain woi

muak muak muak
loya loya loya
muntah muntah muntah


GADAFY DI TV

malam tadi kolonel gadafy berucap di tv
ucapan ini sedang tersebar luas
ucapan ini dalam bahasa arab
terjemahan telah dilakukan

ini betul betul ucapan kaki temberang
ini betul betul mat lebong
ini betul betul kaki kuntau muntau

malaon yang satu ketika dulu diagung agungkan
oleh pelajar islam adalah saekor malaon
yang amat tulen kah kah kah

ini muka penyamun memakai konsep islam

sila cari dan baca ucapan malaon ini
kah kah kah

malaon ini menuduh anak anak muda
yang turun ke jalan raya di pengaruhi oleh ajen asing
kah kah kah... macam pernah dengar ... kah kah kah

kemudian malaon ini kata:


anak muda yang turun ke jalan raya ini
kaki dam
kaki ganja
kaki arak
dan mat gian
kah kah kah

malaon ini terlupa
gian yang paling tegar
ialah gian terhadap kuasa
kah kah kah


SOLDADU UPAHAN

kolonel yang dulunya diagung agungkan sebagai
pejuang islam telah menggunakan orang afrika
untuk menembak curi dari bangunan tinggi
ramai tekah gugur
ada angka 200
ada angka 300
ada yang mengatakan 500 telah gugur
jumlah masih tidak jelas
tetapi yang jelas memang ramai
telah dibunuh mati

HAMPIR LUPA

malaon pejuang islam yang dulu diagung agung
kan oleh pelajar islam di malaysia ini
telah naik tahtha semenjak 1969 kah kah kah

semenjak bila?

semenjak tahun 1969 beeeeb - kah kah kah

TAHUKAH ANDA

di libya tidak ada perlembagaan

TERKINI

ramai askariah telah berpaling tadah
ramai telah memecahkan gudang senjata
dan memberikan kepada para penunjuk perasaan
kini bertempuran telah bermula

SATU JEMPUTAN

Dari Tukar Tiub.blogspot

BERITA DARI FACEBOOK

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG BERANI



nota:
ombak perubahan sedang berlaku
anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!!!


GENGGAM DAN LAWAN

SALUT MEREKA YANG BERANI




ANAK MUDA TELAH BANGUN

KEPUTUSAN PRK UNIVERSITI. (PRO M)

Dari facebook Pro-Mahasiswa UTHM, Batu Pahat, Johor (sehingga jam 2.10 am)

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

Dari Harakahdaily.net

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.


Dari Pakatan Rakyat blog

Akhbar Utusan Rakyat - kami nantikan kemunculan mu


Nampaknya akhbar perdana - Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menghadapi saingan yang sangat mencabar bila Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

Menurutnya , akhbar tersebut adalah bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

Akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia. Bersaiz tabloid 14 halaman akhbar tersebut akan memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak

Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan. sumber