IKLAN KOMERSIAL
Jumaat, 15 April 2011
PANTUN MINGLISH
hari ini penulis ingin menjual beberapa pantun yang dikira munsabah dan dipatenkan oleh saya sendiri tau maka pantun saya berbunyi,
Pulau Pandan so far ke tengah,
Gunung Daik bercabang Triple,
Benda Mungkar together kita tegah,
Dosa Maksiat jangan ambil Simple.
Buah Cempedak Outside pagar,
Take the Galah tolong jolokkan,
Larangan ugama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokan.
Tanam pinang close together,
So the puyuh cannot lari,
kita tak hidup didunia forever,
That's why kena hidup muhasabah diri.
Two three kucing berlari,
mana nak same the kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.
So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always study le membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.
Pantun ini merupakan gabungan english dan bahasa melayu dan ia disebut sebagai minglish hahaha klakar rasanya.
insyallah pada masa akan datang kita akan berkongsi ilmu untuk manfaat bersama sekian jazakaullah hu minkum dan assalamualaikum w.b.t
Isnin, 11 April 2011
MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
saudara dan saudari yang saya kasihi sekelian,
Masalah keguguran rambut sering berlaku dalam masyarakat kita tak kira warna kulit dan sebagai nya dan kita sentiasa ketahui bahawa bermacam-macam cara untuk mengelakkan nya dan penulis ada beberapa tips iaitu:
1.Gunakan gam cap gajah untuk menggamkan balik rambut korang yang gugur tu. Gam dari tepung ubi tidak digalakkan kerana ia tidak tahan kena air.
2.Semburkan rambut korang dengan racun makhluk perosak. Ianya penting bagi menjamin rambut korang dari diserang makhluk perosak seperti kutu babi@baboon.
3.Lumurkan rambut korang dengan baja asli atau organik seperti taik ayam atau taik lembu. Kalau taik kucing lagi bagus. Hasilnya rambut korang akan tumbuh dengan subur.
4. Buang atau cantas rambut-rambut yang bercabang. Ianya amat perlu supaya rambut-rambut yang lain tidak dijangkiti penyakit rambut bercabang-cabang.
5.Jangan membebankan kepala hotak dengan banyak berfikir kerana ianya akan menyebabkan akar-akar rambut menjadi lemah . Sila berfikir menggunakan kepala lutut.
6.Sekiranya semua di atas gagal dilakukan korang boleh amik bulu ketiak atau bulu dada atau mana-mana bulu dan tampal atas kepala korang.
Percaya lah setiap usaha pasti ada kejayaan,sekian terima kasih dan jaza kaullah hu min kum dan assalamualaikum
Ahad, 10 April 2011
KENALI SIFAT AWEK KORANG MELALUI TEMPAT DATING
Saudara dan saudari yang dihormati,
penulis ingin berkongsi dengan saudara-saudari tentang apa yang penulis iaitu macamana KENALI SIFAT AWEK KORANG MELALUI TEMPAT DATING dan biasanya lelaki yang ajak awek dating tapi awek yang tentukan antaranya :
1.SHOPPING COMPLEX.
Sah,minah ni kuat JOLI. Tak boleh kata apa DAH' EH.
2.KEDAI MAMAK .
Dia perasaan yang korang macam agak sengkek dan tak sampai hati nak ajak makan kat restoran elit.
3.PANGGUNG WAYANG.
Kemungkinan dia nak testing tahap kegatalan korang. Kalau macam melampau maka hai-hai... bye-bye le korang.
4.TAMAN TASIK
Dia memang benar-benar beharap yang perkahwinan korang berakhir dengan berkahwin, beranak-pinak,bercucu-cicit ataupun terpengaruh dengan drama filem tahun 80an.
5.AIR TERJUN.
Haik,biasanya orang jantan yang suka tempat-tempat sejuk cam ni . Baik korang hati-hati, mungkin beliau ialah alien yang terdesak.
6.BUS STOP DEPAN RUMAH DIA.
Kemungkinan besar adalah perdatingan terakhir. Dia nak mintak putus tapi dengan cara bersemuka.... berani dan meyakinkan. Alaa... tak payah nak frust lebih-lebih.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat saudara-saudari semua ,sekian jazakaullah hu min kum dan assalamualaikum w.b.t
Rabu, 6 April 2011
JAGA-JAGA BILA NAK BELI,MAKAN TELUR AYAM EAA
| Awasi telur tiruan di pasaran |
| SM Mohamed Idris |
| Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan: Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP. |
Ahad, 3 April 2011
MENGULAS ISU SEMASA DARI BLOG M.A.S
KISAH LUCU SEORANG SAHABAT OLEH HAFIZ RAZALI
Semasa menghantar adikku pulang ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj mengambil nama sempena orang besar Jelebu sekarang aku teirngat banyak peristiwa ketika aku bersekolah di sini. Kebanyakan banyak yang melucukan hati.
Cuma yang membezakan aku dan adikku yang kedua iaitu Norhafizzatun ialah kami berdua berulang dari rumah manakala dengan adikku yang bernama Norhafizzah adalah mereka tinggal di asrama kerana dari kampungku kini pengangkutan bas sudah tidak disediakan. Ini mungkin kerana operasi bas dari kampungku tidak menguntungkan syarikat City Liner dan tidak diambil perhatian yang serius dari Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang merangkap Adun Chennah yang tidak memandang serius isu bas ini secara serius dan menutup mata sahaja. Ini telah meyusahkan warga kampongku untuk bergerak ke Bandar Kuala Klawang serta menyebabkan pelajar sekolah tidak dapat berulang dari tiga sekolah utama di Jelebu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaa Dato Undang Musa al-Haj, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Jelebu, dan Sekolah Menengah Simpang Glami.
Sebenarnya, bukan cerita ini mahu aku ceritakan tetapi cerita ketika aku menjadi pengawas sekolah yang mana aku mula mejadi pengawas seusia 13tahun atau kata mudah bulan terakhir berada dalam tingkatan 1 Sarjana(kelas kedua je) . Aku masih ingat tugas pertama aku menjadi pengawas ialah menaikkan bendera ketika perhimpunan. Yang kelakarnya, ketika menaikkan bendera Malaysia aku sebenarnya berdarah gemuruh dan tidak perasaan bendera tersebut aku tersalah pasang menyaksikan bendera tersebut terbalik dan menyaksikan guru pengawas ketika Puan Ruzana yang juga guru yang paling garang ketika mengajarkumenjadi tergelak dan menasihati aku supaya berhati-hati ketika memasang bendera. Daripada sini aku memulakan perkara yang melucukan dan memalukan diri (dalam hati aku gelakkan dan buat bodoh je kahkah).
Ketika aku menjadi pengawas juga, pernah suatu aku ditugaskan untuk menjaga PA Sistem, ini pengalaman yang paling menarik lagi kali ini Pengetua Sekolah Ketika itu, Puan Siti Hawa binti Majid memanggil aku selepas perhimpunan kerana aku tersalah pasang lagu sekolah menjadi lagu muzik joget (hehehe)
Perkara yang paling menyebabkan satu sekolah ingat peristiwa lucu hingga kini ialah akulah pengerusi majlis ketika perhimpunan sekolah yang membuat banyak kesalahan ketika mengendalikan perhimpunan dan menyebabkan banyak guru displin dan Pengetua bertentang mata menasihati dan member tunjuk ajar. Antara kesalahan yang dilakukkan aku ialah suatu ayat yang hingga kini aku tidak boleh lupa ialah “Murid-murid sila lalu pintu utama sahaja untuk pemeriksaan tali kasut”, ini adalah kesalahan yang pelajar dapat kesan mengapa mahu membuat pemeriksaan tali kasut sebab ada pelajar yang tidak pakai kasut bertali tetapi ayat yang sepatutnya keluar ialah “ murid-murid sila lalu pintu utama untuk pemeriksaan siapa yang tidak pakai kasut dan stokin. Ini perkara rutin selepas perhimpunan kerana hari Isnin banyak pelajar yang tidak berkasut Cuma berselipar. Selain itu, pernah susunan guru-guru yang sepatutnya berucap tidak berucap kerana terlalu berdebar ketika memegang ‘rosterum’ ini kelemahan aku hingga kini.
Selain itu, ketika tingkatan 3 dan 4, ibuku ketika itu mendapat tender kantin di Sekolah Teknik Kuala Klawang , dan tugas setiap pagi sebelum pergi ke sekolah ialah ayah aku akan menghantar kuih terlebih dahulu ke kantin dan beberapa kedai di sekitar Jelebu, ini menambahkan kelucuan apabila aku dan adikku adalah pelajar yang selalu lambat ketika masuk ke sekolah. Pada masa sama, aku ialah Ketua Biro yang menyaksikan aku asyik terlepas tetapi kesian dekat adikku yang kena sekiranya guru displin berada di situ (tak dapat den nak menolong heheh). Ketika itu, ramai pengawas menolong aku sekiranya kumpulan yang aku jaga menjaga pintu masuk..(kira ngam lah) sebab aku sebagai ketua biro banyak juga bertimbang rasa dan ada juga sepatutnya ada pengawas yang bertugas diberi perlepasan dan aku akan tolong jaga buat hari tersebut.
Semasa di tingkatan 5.bertambah menarik rakan-rakan pengawas yang sama tingkatan hanya aku seorang pengawas lelaki dan semua yang lain ialah pengawas wanita. Jadi setiap kali perhimpunan pelajar SPM bersama Pengetua ketika itu Puan Zakiah, aku kerap diminta baca doa (hancur ketika baca doa maklumlah ketika itu jahil sikit pasal agama dan kawan-kawan ketika itu banyak sangat cina) dan pernah rakan kelas aku berkata “Hafiz kalo salah baca kau tanggung tau (aku pun dalam hati hahahaha) serta selalu diminta menjaga barisan kelas (jadi aku jaga barisan kelas aku je 5 Kejora yang majority memang kelas untuk perempuan je kot al-maklum kelas Sains Hayat) sebab lelaki dalam kelas itu Cuma boleh dibilang dengan jari je)
Tetapi dalam pengawas sekolah ini juga banyak juga yang aku belajar berkaitan berorganisasi dan berhadapan orang atasan dan pelajar. Kenangan yang paling menarik ketika menjadi pengawas ialah aku pernah ditawarkan oleh sekolah pergi ke Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Simpang Glami. Kekesalan aku ialah rakan-rakan ketika berkursus yang aku kenali sudah tidak dapat dihubungi .Pengalaman aku juga ialah mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Kebangsaan di Batu Burok Resot, Terengganu yang mana ketika itu Pas masih memerintah Terengganu dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan pengalaman yang tidak aku lepaskan ialah aku duduk di Kerusi Adun (aku tidak ingat kawasan undangan mana) di mana Tuan Haji Abdul Hadi Awang menang..Untuk ditambah cerita melucukan ketika majlis makan malam bersama ahli Parlimen Kuala Terengganu ketika itu di mana aku duduk berdekatan meja VIP dan itu adalah malam aku mengenal makan berprotokol yang meyaksikan ayam goring yang asyik dipisaukan tiba-tiba terbang menuju ke meja VIP (buat malu Kontinjen Negeri Sembilan je).
Sekiranya aku tidak dilanatik pengawas dahulu, mungkin kini aku tidak berani ke hadapan kerana aku mempunyai perasaan yang mengelebah ketika di hadapan dan lawak terjadi secara tiba-tiba. (hahaha)
Khamis, 31 Mac 2011
Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharam
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.
“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”
“Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.
“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.
Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.
“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.
“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.
Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”
“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.
“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.
Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”
“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam.
“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.
Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.
Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.
Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.