IKLAN KOMERSIAL

Jumaat, 18 Disember 2009

KEJAYAAN BOLA SEPAK KITA

Kejayaan bola sepak kita dalam sukan sea laos amat mengembirakan kita kerana sudah hampir 20 tahun kita tidak mendapat pingat emas dalam bola sepak kita, tahniah kita ucapkan pada skuad bola sepak kita kerana kita dapat pingat emas bagi 20 tahun kita, syabas diucapkan

Isnin, 19 Oktober 2009

HANYUT BHGN1

Rambutnya kusut masai. Hidungnya berair.Kaki dan tangannya kelihatan menggeletar.Dia berasa sejuk sekali.Sudah empat jam dia terkapar disitu bersama Daniel,Akmal,Jali dan Budin.Mereka hanyut ke alam khayalan.Mereka merasakan sedang berada di awang-awangan.Terlalu sukar ditafsirkan bagaimanakah keadaan mereka waktu itu.
Begitulah kehidupaan Jamal,seorang anak muda dari sebuah keluarga yang sederhana.Ibu bapanya sudah tidak terdaya lagi.Mereka sudah tua untuk mengawasi kelakuan Jamal.Untuk mengharapkan abang-abangnya yang lain, jauh sekali.Ambrin,abang yang sulung ,kini tinggal di Kuala Lumpur.Jarang balik kampung.Seorang lagi abangnya sedang menuntut di luar negeri.
Ketika itu,Jamal berada di Pulau Kepanyang bersama kawan-kawanya.Mereka menunggu seseorang yang berjanji akan datang ke situ.Pada masa itu jam menunjukkan pukul tiga pagi.Masih tidak ada bayang orang yang menjanjikan bekalan untuk mereka.
"Sudah pukul tiga sekarang, mengapa mereka belum sampai lagi?" tanya Budin.
Mereka yang berempat menggeleng-geleng kepala.Mereka juga tidak tahu mengapa bekalan yang dijanjikan itu lambat sampai.
"Heh! kamu semua dengarkah apa yang saya katakan ini?" tengking Budin bila semua yang ada disitu tidak memberi perhatian.
"Kami semua dengarlah.Tapi apa nak buat,tunggu sajalah,"jelas Jamal.
Hampir pukul empat pagi,barulah orang yang mereka tunggu itu datang .Mereka yang longlai menunggu barang yang dijanjikan ,seakan bersemangat kembali,lalu cuba mendapatkan barang itu dengan rakus.
Setelah mereka menggunakan barang itu,mereka kembali seperti tadi.Mereka berkhayal dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Begitulah keadaannya mereka berlima sahabat macam budak hitam.Mereka bergaul bebas dengan melakukan pekerjaan yang hina disisi masyarakat dan agama .Perbuatan mereka tidak diketahui oleh guru-guru sekolah dan ibu bapa mereka. BERSAMBUNG....

Selasa, 6 Oktober 2009

AYAT TULISAN PAK GUARD

Kepada pembaca blog sila baca tulisan seorang pak guard,
saya pengawal AS xxx51 sedang membuat rondaan,pada masa itu jam saya melihat serta meninjau kawasan sekolah dan saya dapati kawasan baik dan tiada apa-apa halangan.
kalau kita lihat tulisan seorang pak guard malam, ini catatannya,
ASXXX34 ada membuat rondaan,apabila selesai rondaan kawasan sekolah berada dlm keadaan yang baik dan terkawal
Apa pandangan anda? menulis lebih 2 baris ataupun dalam 2 baris sahaja.

Khamis, 27 Ogos 2009

PEMECATAN TIMB PRES, MCA

Hari ini penulis teringat akan pemecatan TPM pada tahun 1998,tetapi nasib soi lek baik kerana dizaman Anwar Ibrahim lebih teruk kerana tun dr Mahathir memecatnya dengan tuduhan tidak munasabah.siap terkena mata lebam lagi.Bagi penulis soi lek kena ingat balik kes Anwar ini.