IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 7 Mei 2011

Kesilapan Merupakan Fitrah

oleh Nor Hafiz Bin Razali pada pada 08hb Mei 2011 pukul 6.51 pagi
Acapkali kita diprovokasikan dan ditipu oleh pemikiran dunia yang mana kesilapan merupakan sesuatu yang seharusnya tidak boleh dilakukan. Ini memang merupakan perkara normal dalam kehidupan seharian kita. Kadang kala wujud segelintir manusia yang mahukan kesempurnaan.

Oleh itu, mari kita memuhasabah kembali kehidupan kita yang tidak punya upaya dalam menentukan sesuatu perancangan itu berjaya andai kata tidak mendapat keizinan dari pada Ilahi. Walaupun penilaian kehidupan tampak jelas dan kita percaya pada diri bahawa kesempurnaan dalam hidup tetapi realitinya tidak semua perkara yang dilakukan boleh menjadi sempurna. Ini kerana kesilapan pasti menjelma yang merupakan lumrah kehidupan. Ini juga jelas menyatakan kita tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan dalam kehidupan dan yang utama kita perlu sentiasa melakukan perubahan dan berani untuk melakukan kesilapan.

Mengapa saya berkata begini kerana kita selaku umat Islam  wajib menyakini kasih sayang Allah melalui kesilapan-kesilapan umat terdahulu, kita belajar sesuatu dan juga umat Islam di negara Islam yang lain yang jelas menyaksikan  pelbagai tragedi atas kesilapan mereka. Ini membuktikan kesilapan-kesilapan dari orang lain kita perlu ambil iktibar dan teladan bagi dijadikan asas pertimbangan dalam merungkai perjalanan hidup dari pandangan dan perpesktif diri sendiri.

Setiap kesilapan yang kita lakukan jangan kita padamkan dari memori kita kerana  setiap apa yang terjadi merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha lebih Mengetahui setiap apa yang terjadi, Kesilapan-kesilapan ini daripada pandangan manusia merupakan sesuatu yang buruk tetapi di sisi Allah  mempunyai maksud baik walaupun kadang kala pada lumrah ianya amat pahit untuk ditelan, seandainya kita dapat membaca hikmah kejadian ini akan mampu meringankan beban perasaan dan menjawab pelbagai tanda tanya dalam diri yang jelas tidak sesuai dengan kehendak kita.

Seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah menyebut, “ Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, menurut beliau apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit.

Beliau juga menambah, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hiikmahnya. Jika tidak itu tandanya penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”

Maksudnya:

Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.

(Surah al- Mulk: 2)


 Jelas di sini, setiap ujian atau kesilapan yang dilakukan merupakan suatu “Sunnatullah” (peraturan Allah) yang tidak ada sesiapa yang mampu menghindarinya. Hidup ini merupakan medan ujian. Melalui ujian kita mampu menyerlahkan diri kita di sisi Allah dan mengetahui adakah kita sabar dengan ujian yang diberi dan bagi orang yang beriman pula, ujian merupakan kayu ukur sama ada menyakini atau masih ragu-ragu oleh hati terhadap Tuhan-Nya



NOR HAFIZ BIN RAZALI



PRESIDEN
PERSATUAN PENGGERAK MAHASISWA (PPMU)
UNIVERSITI SELANGOR.

LAWAK LEPAS ASAR

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
! ;
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

! Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu ! : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

~

Selasa, 3 Mei 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah buat pembaca blog yang dirahmati oleh Allah s.w.t
 hari ini merupakan hari yang ke berapa yang saya tidak ingat kerana lebih kurang sudah 3 minggu saya belajar di unisel yang penulis cintai


Dalam beberapa minggu kebelakangan ini penulis mendapat rezeki yang mencurah -curah iaitu sejak bermula dari Program Sekolah Sahabat Unisel yang kali pertama penulis menyertai sebagai Fasilitator bahagian kawalan sekolah dan penulis mendapat tempat kawalan sekolah dalam bahagian sekolah sendiri taw dan berasa bangga dapat mengikut nya

insyallah akan disambung nanti