Rambutnya kusut masai. Hidungnya berair.Kaki dan tangannya kelihatan menggeletar.Dia berasa sejuk sekali.Sudah empat jam dia terkapar disitu bersama Daniel,Akmal,Jali dan Budin.Mereka hanyut ke alam khayalan.Mereka merasakan sedang berada di awang-awangan.Terlalu sukar ditafsirkan bagaimanakah keadaan mereka waktu itu.
Begitulah kehidupaan Jamal,seorang anak muda dari sebuah keluarga yang sederhana.Ibu bapanya sudah tidak terdaya lagi.Mereka sudah tua untuk mengawasi kelakuan Jamal.Untuk mengharapkan abang-abangnya yang lain, jauh sekali.Ambrin,abang yang sulung ,kini tinggal di Kuala Lumpur.Jarang balik kampung.Seorang lagi abangnya sedang menuntut di luar negeri.
Ketika itu,Jamal berada di Pulau Kepanyang bersama kawan-kawanya.Mereka menunggu seseorang yang berjanji akan datang ke situ.Pada masa itu jam menunjukkan pukul tiga pagi.Masih tidak ada bayang orang yang menjanjikan bekalan untuk mereka.
"Sudah pukul tiga sekarang, mengapa mereka belum sampai lagi?" tanya Budin.
Mereka yang berempat menggeleng-geleng kepala.Mereka juga tidak tahu mengapa bekalan yang dijanjikan itu lambat sampai.
"Heh! kamu semua dengarkah apa yang saya katakan ini?" tengking Budin bila semua yang ada disitu tidak memberi perhatian.
"Kami semua dengarlah.Tapi apa nak buat,tunggu sajalah,"jelas Jamal.
Hampir pukul empat pagi,barulah orang yang mereka tunggu itu datang .Mereka yang longlai menunggu barang yang dijanjikan ,seakan bersemangat kembali,lalu cuba mendapatkan barang itu dengan rakus.
Setelah mereka menggunakan barang itu,mereka kembali seperti tadi.Mereka berkhayal dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Begitulah keadaannya mereka berlima sahabat macam budak hitam.Mereka bergaul bebas dengan melakukan pekerjaan yang hina disisi masyarakat dan agama .Perbuatan mereka tidak diketahui oleh guru-guru sekolah dan ibu bapa mereka. BERSAMBUNG....
IKLAN KOMERSIAL
Isnin, 19 Oktober 2009
Selasa, 6 Oktober 2009
AYAT TULISAN PAK GUARD
Kepada pembaca blog sila baca tulisan seorang pak guard,
saya pengawal AS xxx51 sedang membuat rondaan,pada masa itu jam saya melihat serta meninjau kawasan sekolah dan saya dapati kawasan baik dan tiada apa-apa halangan.
kalau kita lihat tulisan seorang pak guard malam, ini catatannya,
ASXXX34 ada membuat rondaan,apabila selesai rondaan kawasan sekolah berada dlm keadaan yang baik dan terkawal
Apa pandangan anda? menulis lebih 2 baris ataupun dalam 2 baris sahaja.
saya pengawal AS xxx51 sedang membuat rondaan,pada masa itu jam saya melihat serta meninjau kawasan sekolah dan saya dapati kawasan baik dan tiada apa-apa halangan.
kalau kita lihat tulisan seorang pak guard malam, ini catatannya,
ASXXX34 ada membuat rondaan,apabila selesai rondaan kawasan sekolah berada dlm keadaan yang baik dan terkawal
Apa pandangan anda? menulis lebih 2 baris ataupun dalam 2 baris sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)