IKLAN KOMERSIAL

Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU DAN NASI BERIANI

Setiap hari penulis melihat tahun baru di raikan di seluruh negara tak kira berlainkan agama dan bangsa seluruh dunia tak kira apa-apa agama untuk meraikan tahun baru,tetapi penulis teringin nak makan nasi beriani kat kampus,almaklumlah tengah dah nak cuti mid semester ni rasa macam nak cuti sekolah pertengahan tahun, teringin juga nak minum milo panas dan penulis teringin nak pergi makan angin tapi apakan daya penulis makin sibuk membuat tugasan-tugasan penting untuk peperiksaan akhir semester ini,kadangkala kita dapat melihat bahawa budaya asing yang dibawa oleh orang-orang barat terlalu besar impaknya sehingga orang-orang kita pun terpengaruh dengan cara-cara mereka dan penulis risau kerana masalah yang tidak selesaikan melalui perbuatan mereka itu boleh meyebabkan rosak akhlak di kalangan belia dan remaja.

Selasa, 27 Julai 2010

TV TAK HABIS-HABIS CITA ISU PASIR

Isu pasir seringkali didendangkan di peti televisyen setiap hari tak kira masa,namun apa yang dikesalkan adakah pihak berita tidak mendedahkan tabiat lain selain isu cerita pasir ini .diharapkan semua pihak jangan membuka keaiban orang lain

Jumaat, 11 Jun 2010

ISRAEL MENDARAT DI PORT KLANG

Semalam apabila penulis membaca sebuah akhbar bahasa melayu menyatakan sebuah kapal membawa kapal barangan yang berkibarnya bendera Israel tiba di Pelabuhan Klang kelmarin ,ia agak mengejutkan saya kerana ramai para demontrasi yang mengutuk-gutuk Israel menyerang kapal bantuan kita ,penulis beharap Israel mesti di boikot sampai bankrap.

Rabu, 3 Februari 2010

KENANGAN TENTANG MASJID KG BUJAL

Ketika tulisan ini dikarang saya teringat tentang peristiwa rancangan tanah berkelompok di kemaman terengganu yang sudah berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu,saya teringat bagaimana nasib beberapa peneroka yang mendirikan beberapa buah rumah dan sebuah masjid yang baru disiapkan tetapi dengan rakus pihak berkuasa tempatan merobohkan rumah dan masjid sekaligus tanpa berasa kasihan langsung pada peneroka tersebut malah para peneroka terpaksa mengumpulkan wang untuk membiayai peguam dan pelbagai bayaran lain,adakah pihak kerajaan melupakan sahaja insiden tesebut yang menangung kerugian walhal pemberian tanah tersebut telah diberi oleh kerajaan PAS terdahulu.Kalau peristiwa ini berlaku pada tahun ini sudah tentu ia mengalahkan kes kampung buah pala di pulau pinang tahun lepas,fikir-fikirkanlah....

Isnin, 4 Januari 2010

HARGA GULA NAIK LAGI

Baru-baru ini kita sedang menyambut tahun baru kita dikejutkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen,secara umumnya kerajaan berkata tidak mampu untuk memberi subsidi kepada pengilang gula,dan kerajaan akan mengeluarkan harga tepung dari skim kawalan harga ,namun apakah kerajaan tidak mahu mempertahankan kenaikan harga gula dan sering membandingkan harga gula di negara-negara asean berbanding harga gula antarabangsa.Gula 1kg dimalaysia sebanyak RM 1.65 sekilogram tetapi peniaga runcit dan borong mengenapkan harga gula sebanyak RM1.70 sekilogram, ini yang menyebabkan kerajaan menghalang peruncit menaikkan harga gula tetapi membiarkan pemborong bermain harga gula.Penulis beharap agar kerajaan tidak menaikkan harga gula pada masa hadapan.