IKLAN KOMERSIAL

Rabu, 20 Julai 2011

Palestin Ambil Contoh Malaysia Dalam Menerapkan Nilai Islam

0
Kejayaan Malaysia khasnya dalam menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam sistemnya akan dijadikan contoh oleh Palestin tidak lama lagi.
Ketua Jawatankasa Politik Palestin di Parlimen, Dr Khalil Alhaya berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam moden yang sangat baik untuk dijadikan contoh.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!
"Kita telah mengemukakan cadangan kepada Parlimen untuk menjadikan formula Malaysia dalam membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas Dialog Palestin anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana di sini hari ini.
Beliau berkata kini sesetengah idea-idea dari Malaysia telah diterima ke dalam kurikulum pendidikannya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas baru-baru ini bahawa beliau memohon pengiktirafan antarabangsa untuk negara Palestin di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) jika tidak ada rundingan damai semula pada September ini, katanya sudah tiba masanya untuk membincangkan perkara ini untuk masa depan Palestin.
Beliau juga menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan persendirian di seluruh negara agar memberikan tekanan kepada PBB serta Amerika Syarikat.
Kuala Lumpur, 13 Julai
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Sumber imej : Google Image

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen