IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 29 Oktober 2011

Mustafa Kemal Atatürk





Mustafa Kemal Atatürk




Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dariIstanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

[sunting]Nama

Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Uthmaniyyah. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.

[sunting]Kehidupan awal

Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım.
Apabila berusia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Ataturk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan). Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen