KISAH SEORANG IBU
Derita si anak adalah derita ibu. Derita ibu belum tentu dirasai oleh anak.
Sebenarnya ada kontrak perjanjian yang tidak bertulis antara anak dan ibu.
”Ibu bersetuju untuk menempuh segala kesakitan dan kesusahan
mengandung, bersalin dan membesarkan anak. Sebagaimana si anak bersetuju
tanpa bantahan apa saja yang dilakukan ibu terhadapnya sewaktu dia
masih bayi, maka apabila dia besar ia harus setuju untuk tidak
menderhaka. Imbuhan kepada persetujuan ini adalah nikmat dunia dan
nikmat akhirat. Sebaliknya sebarang pencabulan terhadap kontrak, neraka
akan menanti”
~~~Berapa ramaikah anak2 yang sedar bahawa ucapan
”Ish, mak ni tak fahamlah!” adalah cukup menyakitkan perasaan ibu.
Bukankah dengan hanya kerana sepatah perkataan ”ah” oleh anak boleh
menyebabkan anak masuk neraka.
Harapan ibu kadangkala disimpan dalam hati atau hanya dinyatakan secara tidak langsung.
Contohnya, dapatkah si anak membaca senarai ciri2 seorang menantu yang
ada dalam kepala ibu? Yang pastinya dalam senarai itu kesemua ciri2 yang
dibayangkan adalah supaya anaknya bahagia dan hatinya tidak disakiti.
Si anak pula hanya akan tahu ciri2 yang diingini ibu hanya selepas
mengetahui ibu menolak atau menyetujui calon yang dikemukakan.
Ibu biasanya akan terluka apabila ia diberitahu hanya apabila si anak
sudah membuat keputusan tentang pilihannya. Anak pula akan terluka
apabila ibu terlalu berkeras dengan pendapatnya. Kelukaan ibu dan anak
kadang2 membawa padah dalam kehidupan si anak seterusnya, hatta walaupun
sekiranya satu hari nanti luka ibu sudah terubat apabila menantu yang
tidak disukainya pada awalnya rupanya jauh lebih baik dari yang dia
sangka. Kelukaan yang pernah dialami walaupun sudah hilang dan anak
sudah diampunkan, kehidupan anak masih terjejas
Banyak kes2
rumahtangga bermasalah berpunca dari kengganan ibu merestui pilihanan
anaknya pada peringkat awal hatta walaupun selepas itu si ibu amat
menyayangi menantunya.
Betapa pentingnya redha dan doa seorang ibu yang solehah secara berterusan untuk kebahagiaan anak masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silalah komen