IKLAN KOMERSIAL

Isnin, 10 September 2012

THE HAUNTED MOSQUE

 

Pada hari rabu 17 oktober 2010 , sekumpulan 5 orang kawan mereka, sedang merancang untuk beriktikaf di masjid, mereka adalah hussin,kassim,farhan,jamal dan madir, madir bertanya “malam ni kita nak beriktikaf di masjid mana ?, hussin memberi cadangan “kita iktikaf kt masjid seri Petaling” kassim mencadangkan ‘kita beriktikaf di masjid yg terbiar di hujung kampung”. Akhirnya mereka bersrtuju untuk iktikaf di sebuah masjid lama yang terbiar di hujung kampung.

Pada petang itu mereka berlima mengemaskan beg pakaian mereka dan mereka bersiap-siap hendak menuju ke masjid lama itu, perjalanan mereka ke masjid itu dalam setengah jam kerana masjid lama itu terletak dalam ceruk-ceruk hutan.

hampir magrib baru mereka sampai di masjid lama itu, salah seorang dari mereka merasakan ada sesuatu yang pelik di sekitar masjid itu, namun mereka yang lain tidak merasai, adanya  makhluk halus yang melintas di hadapan mereka.

apabila telah masuk waktu magrib, hussin melaungkan azan magrib dan tiba-tiba lampu-lampu di masjid itu menyala dengan sendirinya, walaupun mereka melihat bekalan letrik di masjid itu dipotong, dan apabila iqamat dilaungkan, mereka terkejut dengan adanya ramainya jemaah dtg untuk menunaikan solat,

selepas solat magrib berjemaah, mereka mula mengambil Al-Quran dan membaca secara bertadarus, kemudian farhan merasakan ada tangan makhluk halus sedang mengusik bahu dia. dia melihat makhluk halus itu sedang mempermain-mainkan pandangan farhan, perkara itu berlanjutan sehingga Isyak.

apabila waktu Isyak sudah tiba, giliran kassim pula untuk melaungkan azan, apabila hendak melaungkan azan, kassim tercekik dan sukar untuk melaungkan azan. sehinggakan mereka terpaksa  sembahyang tanpa azan.

selepas solat isyak berjemaah, mereka bersiap-siap untuk qiamulail dan mereka telah masuk tidur. ketika mereka sedang tidur, mereka merasakan ada makhluk halus sedang mengigit-gigit jari mereka, dan daun tingkap yang mereka buka tadi itu terbuka dan tertutup, dan ,mereka mendengar orang mengilai-gilai di atas bumbung masjid. mereka berasa takut sehingga mereka tidur rapat-rapat.

dalam jam 3:15 pagi mereka terdengar bunyi barang-barang jatuh dan gegaran di lantai papan masjid lama itu seolah-olah ada makhluk besar sedang memasuki masjid itu. mereka berlima melaungkan azan sekuat-kuatnya dan semua gangguan itu hilang.

Keesokan harinya mereka berangkat pulang dan menemui orang lama di kawasan itu, Kassim bertanya “kenapa masjid itu ada gangguan sahaja ?” org lama itu menjawab “sebenarnya masjid itu ditinggalkan kerana ada orang mati  kena tembak dalam dewan solat itu, ia berlaku pada 13 April 1974 yang mana seorang individu membawa senapang dan menembak 6 orang jemaah masjid ketika keenam-enam itu sedang bersolat sunat tahajjud. oleh sebab itu la masjid itu ditinggalkan.” jelas pak cik itu.

Barulah mereka sedar bahawa mereka iktikaf di masjid yang berlaku pembunuhan itu…

sekian tima kasih dan cerita ini tidak ada kaitan dengan sapa-sapa walaupun yg hidup dan mati….

Isnin, 3 September 2012

Bila Lelaki Serius dalam Percintaan


  1. Kecantikan kamu diketepikan…Keikhlasan kamu diutamakan...
  1. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  1. Si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan x diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
  1. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu...
  1. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  1. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  1. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  1. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  1. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  1. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  1. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya...
  1. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  1. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  1. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  1. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  1. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  1. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  1. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya...

Rujukan