IKLAN KOMERSIAL

Khamis, 31 Mac 2011

Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharam

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”

“Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.

“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.

“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.

“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”

“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.

“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”

“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam.

“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.

Selasa, 29 Mac 2011

FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Ahad, 27 Mac 2011

TIPS PENGURUSAN MASA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog yang dirahmati oleh Allah s.w.t semoga mendapat hidayah dan petunjuk daripada nya dan selawat dan dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W sebab Rasulullah S.A.W memberitahu kita bahawa sesiapa yang berselawat ke atas ku insyallah Allah S.W.T akan berselawat keatas hambanya juga.

Pembaca Blog yang dirahmati Oleh Allah s.w.t,
hari ini penulis ingin memberitahu beberapa tips sebagai seorang penuntut ilmu baik pelajar sekolah rendah,menengah mahupun penuntut IPTA dan IPTS untuk kita beribadah Kepada Allah S.W.T sambil kita menuntut ilmu.

Pembaca Blog Yang dirahmati Oleh Allah S.W.T,
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Faatir Ayat ke 29 yang bermaksud : Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba hambanya hanyalah orang yang berilmu. Dalam Maksud ayat diatas telah terbukti bahawa orang-orang yang berilmu yang selalu mentaati Allah dan pesuruhnya dan takut untuk melakukan kemungkaran kecuali orang-orang yang jahil dan enggan mentaati perintah Allah s.w.t dan pesuruhnya iaitu Muhammad S.A.W.

Pembaca blog yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
diantara tips dan panduan untuk kita berkongsi bersama ialah yang pertama ialah pengurusan waktu semasa didalam kelas,mengikut kajian penulis, kebanyakan masa yang selalu habis dan terbuang ialah semasa didalam kelas kerana semasa didalam kelas ramai pelajar-pelajar menghabiskan masa dengan berbual kosong tanpa mengulangkaji pelajaran selepas seorang guru itu selesai mengajar, dan itulah yang menyebabkan manusia lupa ilmu apa yang diajar tadi, berbalik kepada pengurusan masa saya menurunkan beberapa tip untuk mendapat ilmu secara mudah dan opsyen.

yang pertama ialah:-
Datang Awal Ke Kelas

- Setkan minda dan tumpuan agar bersedia untuk memulakan kelas kadangkala ramai pelajar terlupa untuk men setkan minda pelajar sebelum masuk ke kelas.
- Pilih tempat duduk hadapan dan posisi tengah bagi memudahkan tumpuan dan mengurangkan gangguan tapi yang penulis tengok ramai pula budak lelaki suka duduk di belakang, ini yang menghairankan penulis bila penulis mengkaji kes tersebut rupa-rupanya mereka suka bersembang di belakang dan tidak menumpukan perhatian semasa cikgu atau pensyarah sedang mengajar dan perkara ini patut dielakkan.
Dan Posisi tempat duduk yang paling optimum didalam kelas ataupun bilik kuliah ialah adalah duduk ditengah, dan barisan paling hadapan kerana :
- Pandangan dan pendengaran yang jelas.
- Memudahkan komunikasi dengan guru.
- Konsenterasi tidak terhalang atau terganggu oleh tingkah laku orang lain.
- Tingkah laku menjadi terkawal.
- Menjadi perisai diri dari ngantuk.

Awal membuat persiapan untuk semua subjek dan topik (dengan membaca dan menelusuri topik berkenaan sebelum guru mengajarnya.

Awal membuat persediaan untuk peperiksaan.

Capai kecermerlangan sejak awal tahun dan tidak menangguh ulangkaji hingga saat akhir.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama pembaca-pembaca blog semua dan insyallah pada suatu masa nanti dan saya akhiri dengan jazakaullah hu minkum dan Assalamualaikum w.b.t


Perkenalan diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1ukhwah buat pembaca blog yang mulia ini, Alhamdulilahirobbialamin wasolatuwasalam mualaik walai ahlihi wasabihi wasalam amma 'badu

Dalam Surah Al-Asr menyatakan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal dan menyebarkan sesama umat islam sedunia.

Untuk pengetahuan pembaca blog yang mulia ini terlebih dulu penulis mengenalkan diri penulis iaitu nama penulis ialah Muhammad Amar Ariff bin Mohd Ariffin, saya dilahirkan pada 29 April 1992 pada jam 8:10 malam di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah atau lebih dikenali sebagai H.B.T.A.R
pada jam 8:12 malam ayah pun berkata"Anak saya mesti menjadi seorang guru" maka mak aku pun menyambung " Ya dan insyallah anak kita mesti menjadi bakal seorang guru". Nak Tahu tak kenapa my parents menamakan aku Muhammad Amar Ariff , kerana dalam maksud bahasa arab "Amar berti Perintah ,suruhan dan hal manakala "Ariff" berti yang adil so my parents ku berpesan "Amar kalau besok ko ada anak ko akhirkan dengan nama "Ariff" kerana itu merupakan keturunan kita sepanjang hayat".

Penulis merupakan anak sulung Dari lima adik beradik dan Ayah penulis bernama Mohammad Ariffin Bin Mohd Ajib dan ibu penulis bernama Zulleha Mat Jaini dan disitulah bermula kebahagiaan keluarga kami.

Penulis memulakan persekolahan semasa berumur enam tahun di Tadika Kemas Kampung Delek Kanan dan penulis bertanya kepada ayah penulis " Abah, kenapa sekolahkan along semasa enam tahun ?" lalu ayah penulis menjawab "sebab anak abah sudah boleh membaca tau" penulis ikut sahaja apa yang Ayah penulis suruh dan pada akhir tahun dalam tadika kemas itu aku dianugerahkan "Anugerah pembaca paling terbanyak" aku bersyukur dengan Allah S.W.T yang mengurniakan rahmat kepada aku yang mudah membaca seawal 3 tahun lagi.

Selepas menamatkan pengajian di Tadika Kemas penulis didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Rendah Agama Kampung Delek dari Darjah Satu Sehingga Darjah Enam dan dalam sekolah itu. Penulis sangat popular kerana sikap penulis yang rendah diri semasa berjumpa dengan guru-guru sekolah dalam masa itu dan penulis masih ingat nama kelas-kelas penulis dulu Darjah satu: 1 Cempaka dahulu lepas tu ditukarkan ke 1Tanjung, Darjah 2: 2Bestari , Darjah 3 :3 Kreatif , Darjah 4: 4 Yakin , Darjah 6: 6Dinamik dan semasa dalam tahun pengajian sekolah rendah itulah penulis mendapat beberapa anugerah akademik namun penulis mensia-siakannya.

Selepas Tamat pengajian di sekolah rendah, penulis melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong sehingga Tamat S.P.M dan penulis berasa bangga macam dapat mengalahkan Wakil Rakyat kerana terlebih popular di sana kerana sikap mengamalkan ukhwah sesama rakan-rakan di sekolah menengah disana dan mendapat sokongan daripada guru-guru disana dan penulis mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyokong saya sebagai seorang pelajar.

Selepas Tamat S.P.M penulis mendapat tawaran ke UNISEL dalam kursus Diploma Pendidikan (Pengajian Pra Sekolah) selama 2 1/2 tahun dari tahun lepas dan sekarang menyambung pengajian ke semester ketiga sekarang.

dengan ini berakhirlah pengenalan diri saya yang tidak seberapa ini dan saya memohon maaf jikalau penulis tidak menulis dengan bahasa yang menarik dan kurang gramatis dalam penulisan seorang hamba.

sekian Jazakaullah hu minkum dan Assalamulaikum w.b.t

Selasa, 22 Mac 2011

BERITA JAM 6.30 PETANG RTM (LAWAK)

Balik Dari UNiSEL

Pada khamis yang lepas aku mula nak balik ke unisel tapi macam-macam dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh aku,

Pada mulanya aku ready dah nak balik namun AKU LUPA LAGI !!!! why ??? sebab aku lupa nak booking cleanrace 3 hari sebelum nak balik aku main saja antar borang kat office jana niaga tu sambil akak tu tanya:

akak office: Muhammad Amar dah Booking ke belum?
aku: Allah kak saya terlupa nak booking la (sambil buat muka 5 sen).
akak office :Lain kali kalau awak buat macam ni sekali lagi saya takkan layan taw !!!
aku : ok kak saya mohon maaf atas kesilapan tadi .
fuh selamat aku dibuatnya syukur kepada Allah s.w.t yg menolong aku dalam kesusahan.

maka selamatlah aku membuat cleanrance untuk semester ini sekian itu cite saya



TAMAT
ASSALAMUALAIKUM

Satu Kampung Delek

Ada satu kisah.
dari aku ke aku
dari malungun ke malungun

satu hari hujan lebat, puhhh sejuk gila macam musim salji pula tangan aku yang membawa motosikal semakin membeku dan keras untuk menghantar adikku ke sekolah menengah namun semangat nak menghantar adik ke sekolah tetap melaksana kan tugasan adik aku tu itu baru mukadimah jee nanti aku sambung bila bila masa bye

Khamis, 17 Mac 2011

ORANG BUKAN ISLAM POWN TAHU JUDI TU HARAM

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
M Faqih

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari

Selasa, 8 Mac 2011

Menegakkan Benang Yang Basah


alt

Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!

BERTEKAK dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan kelentong kata dan auta nada suara boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala omong-omong yang kosong isinya, bukti-bukti yang hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai hampeh.Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregang!

BERMUSYUARAH dan berhujah untuk menegakkan yang hak, yang benar dengan inti kata dan intonasi nada suara, boleh meyakinkan orang. Tapi hanya buat seketika. Lama-lama nanti, segala hujah-hujah yang penuh isi, bukti-bukti yang sahih, segala dokumen-dokumen yang diunjukkan akan dilupakan orang juga.

Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya.

Maknanya, mewujudkan kebatilan dan menegakkan kebenaran sama-sama payah. Terkekehlah dia yang dipercayai kerana pembohongannya. Terkilanlah dia yang tidak diyakini meskipun berkata benar.

Usah gembira wahai si pembohong. Jangan berduka wahai anda yang berkata benar. Penerimaan orang kepada yang benar atau yang salah, yang hak atau yang batil itu bergantung kepada sekukuh mana hati si pendengar tersambung pada tali ALLAH.

Kalau keburukan ada di dalam hatinya, dia terhijab dari mengenal kebaikan dan kebenaran. Dia akan menerima yang batil sebagai benar, yang benar sebagai batil. Sebaliknya, kalau taqwa ada di dalam hatinya, dia tangkas mengenali siapa si pembohong dan siapa yang berkata benar.

Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

-Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Norden Mohamed merupakan Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian terbitan Grup Sinar Karangkraf. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd, dan Pengurus Sumber Manusia Grup Media Karangkraf. Graduan UiTM dalam bidang Senireka Perusahaan ini pernah menyumbang bakti sebagai Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Beliau menulis di maafcakap.blogspot.com.


SIAPKAN FIKIRAN DAN SIKOLOGI MANUSIA TERHADAP PARTI POLITIK

Perang persepsi menjelang PRU13
Majdan Dagang


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau yang memihak kepada Umno-BN jelas menunjukkan bahawa mood pengundi sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 (PRU12) dulu tidak banyak berubah.

Hal ini kerana sejak PRK pertama pada 16 Ogos 2008 di Permatang pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke PRK Kerdau yang dimenangi oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad – menunjukkan kedua-dua pihak PR dan BN mempertahankan kawasan masing-masing.

Jika ada perubahan pun lebih kepada kehendak semasa, faktor calon dan kawasan itu pernah bersilih ganti pemenangnya seperti di Sibu, Galas, dan Kuala Terengganu. Yang lain-lain terus kekal dengan status quo asal. Keadaan ini boleh disifatkan sebagai PAS-PR tidak kalah sementara Umno-BN pula tidak menang.

Namun, jika dianalisis pola pengundian sejak merdeka sehingga PRU12 yang lalu banyak perkembangan dan perubahan yang dapat dilihat. Pola pengundian PRU12 telah banyak berubah bentuk sokongan tradsional kepada yang lebih terbuka. Jika dahulu, setiap kumpulan mempunyai penyokong tegar yang begitu setia dengan parti masing-masing, Kini keadaan itu mula berubah sedikit demi sedikit, terutama apabila generasi kedua dan ketiga memainkan peranan. Walaupun kumpulan penyokong tegar ini masih kekal tetapi generasi kedua dan ketiga tidak lagi terikat dengan apa-apa budi dan sentimen.

Sedikit demi sedikit generasi baru mengubah pola pengundian ini membentuk pola yang baru. Kini pengundi daripada generasi kedua dan ketiga mula membentuk pola pengundi bandar dan pinggir bandar. Kebanyakan mereka mempunyai pendidikan dan berhijrah keluar dan terdedah kepada kepada sumber maklumat.

Kelompok ini mula memberikan undi mereka kepada parti pembangkang kerana cara berfikir dan bertindak tidak lagi terikat kepada mana-mana pihak. mereka lebih bebas memilih dan menentukan hak. Kumpulan ini sukar untuk dijinakkan dengan rasuah wang, kebendaan dan pangkat. Mereka juga lebih celik maklumat dan tidak mudah menerima bulat-bulat apa-apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan.

Sementara kelompok kedua ialah kumpulan pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. sebahagian besar yang berada di kawasan ini berada di bawah paras kemiskinan, banyak bergantung kepada media asas televisyen dan akhbar; mereka kurang terdedah dengan maklumat maya yang lebih terbuka.

Dalam hal ini, Umno menyedari bahawa talian hayat mereka yang sebenar ialah kelompok kedua iaitu pengundi luar bandar, pedalaman dan tanah rancangan. Serta jangan lupa satu lagi talian hayat tambahan bagi Umno-BN ialah undi pos.

Bagi mengekalkan dan mengembalikan kuasa mereka yang hampir kecundang dalam PRU12 yang lalu Umno-BN dijangka merangka dan telah melaksanakan beberapa polisi. Perancangan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada terang-terangan atau secara tertutup.

Antara perancangan yang paling besar dan penting ialah membentuk persepsi. Untuk membentuk persepsi yang positif kepada Umno-BN, kuasa media digunakan sepenuhnya. Media elektronik, media cetak dan media maya disusun atur agar membentuk persepsi bahawa Umno baik dan pembangkang tidak baik. Usaha ini dilakukan secara berterusan dan terancang. Media juga berjaya digunakan sebagai “pembunuhan watak”.

Pada masa yang sama pihak pembangkang agak lemah dalam mengendalikan perang media ini, tambahan pula mereka kekurangan sumber kewangan dan menghadapai sekatan daripada kerajaan melalui KDN.

Ada yang memandang sinis propaganda milik Umno-BN ini, namun PR perlu menyedari bahawa sasaran mereka adalah pengundi kumpulan kedua ini. Pengundi kategori ini perlu dipastikan terus mengundi mereka dan pada masa yang sama kaedah lain perlu dia dicari untuk mendapatkan kembali kawasan bandar dan pinggir bandar.

Ternyata, taktik ini berjaya digunakan dan pengundi kumpulan kedua terus kekal bersama Umno-BN walau apa isu pun. Sementara pengundi atas pagar ada yang berjaya dipengaruhi untuk kembali kepada Umno-BN

Dalam suasana begini adalah dijangkakan PRU13 nanti tidak banyak perubahan yang berlaku kecuali ada isu besar yang membentuk gelombang rakyat atau Umno-BN merancang taktik lain melalui pelbagai agensi kerajaan yang ada di bawahnya.

Umno-BN sedar mereka perlu melakukan lebih daripada itu untuk memperoleh majoriti 2/3 diparlimen dan merampas kembali beberapa negeri yang jatuh ke tangan PR. Media massa sahaja tidak cukup, maka kedengaranlah tentang kewujudan pengundi hantu walaupun sehingga kini tidak ada suatu bukti yang sahih dikemukakan. Peningkatan pemberian MyKad sejak kebelakangan ini menimbulkan spekulasi bahawa mereka bakal digunakan untuk mengundi Umno-BN.

Dalam usaha mengimbangi serangan dan perangkap Umno-BN, PR wajar bertindak pantas membetulkan persepsi dan salah faham yang dimainkan oleh media pemerintah. PR tidak boleh membiarkan rakyat sendiri mencari jawapan dan kebenaran. Hal ini kerana perkara yang betul tetapi jika diulang setiap hari dan mengatakannya salah, fikiran rakyat terutamanya golongan atas pagar akan berubah.

Perang persepsi adalah tentera barisan hadapan dalam proses untuk memperoleh kuasa pada hari ini. jika sesuatu pihak berjaya dalam peringkat ini bermakna mereka telah menang sebahagian dalam perang tersebut. Dalam konteks demokrasi pada hari ini, pembentukan persepsi penting untuk menentukan hala tuju strategi seterusnya.

Oleh sebab media PR agak terhad daripada pelbagai segi, maka tanggungjawab perlu dimainkan juga oleh peringkat jawatankuasa yang lebih rendah. Jawatankuasa PR peringkat daerah/kawasan perlu memainkan peranan dengan mengedarkan risalah-risalah ringkas untuk menangkis setiap tohmahan. Setiap mereka wajar mendekati seramai mungkin golongan atas pagar.

Strategi “M2M” atau mulut ke mulut yang sering digunakan oleh syarikat pemasaran boleh digunakan dalam perang persepsi sebagai penerangan yang berkesan. Sebagai contoh seorang pengguna barangan A memberitahu kawannya bahawa barang A ini bagus dan berkualiti. setelah kawannya menggunakan barangan A dan terbukti berkualiti, dia akan mengesyorkan pula barangan tersebut kepada pengguna lain. konsep yang sama boleh digunakan dalam perang persepsi ini, cuma mungkin perlu memerlukan kebijaksanaan untuk menyesuaikan dengan suasana politik.

Sebagai contoh cuti dua hari seminggu merupakan salah satu produk yang dimulakan oleh kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS. Perkara ini boleh menjadi sesuatu yang besar jika PR bijak menggunakannya. Begitu juga produk air percuma oleh kerajaan Selangor. Produk yang sedemikian baik jika tidak dipasarkan dan dipromosikan akhirnya kan tenggelam begitu sahaja.

Pada masa yang sama produk pesaing, walaupun tidak berkualiti tetapi berjaya dipromosikan, dipasarkan dan dicanangkan dengan baik mampu mengalahkan produk lain yang lebih berkualiti.

Hakikatnya perang persepsi ini akan terus berlanjutan selagi ada pesaingan.

TANIAH AHLI PARLIMEN MUSLIMAT PAS MEMPERJUANGKAN DAN MEMBELA KAUM WANITA

MP muslimat PAS tekad bela wanita
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Ahli Parlimen muslimat PAS bertekad mahu membela nasib kaum wanita yang tertindas kerana mereka merupakan aset penting negara.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, gologan wanita yang berkualiti sangat diperlukan untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

"Kita kena lihat ramai lagi wanita yang ditindas. Jadi kita kena bela nasib mereka kerana mereka aset penting kepada negara," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sempena Hari Wanita Sedunia ke-100 hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, Islam sendiri meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada kaum wanita.

"Seperti kata pepatah, wanita adalah tiang negara. Kalau wanita rosak, rosaklah negara. Kalau lihat dari sudut agama, Islam meletakkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita malah Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memartabatkan wanita. Islam meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada wanita," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan wanita harus menyedari peranan mereka dalam meberikan kesedaran politik kepada anak-anak dan keluarga.

"Wanita sudah lama memainkan peranan dalam politik. Kalau tengok revolusi Iran dulu didepani wanita.

"Wanita memainkan peranan dalam membentuk pemikiran politik anak-anak ,suami dan juga rakan sekerja," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya, golongan wanita tidak harus dipinggirkan dalam menentukan dasar negara dan hanya menjadi pemerhati politik sahaja.

"Kita tidak mahu lagi wanita terpinggir dari segi politik, hanya menjadi pemerhati dan penerima sahaja tetapi wanita juga penentu hala tuju politik negara kerana wanitalah yang menanamkan nilai-nilai keluhuran dan kesamatarataan kepada anak-anak.

"Guru-guru yang sebahagian besarnya wanita juga memainkan peranan penting untuk menanamkan bahawa politik ialah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua orang, bukan hanya lelaki sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mahu kaum wanita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dalam semua bidang.

"Saya harap kaum wanita bersikap positif, berani dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu supaya lebih maju dalam pemikiran untuk memajukan negara," katanya yang juga ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat.

Terdahulu mereka memberikan liitan bunga melur kepada pemberita-pemberita wanita sebagai simbol kebangkitan wanita.

Sabtu, 5 Mac 2011

BESOK DAH TAKDE SIAPA DAH NAK TENGOK TV DAN NEWSPAPER SEMUA MEMBOHONG DAN MENGAMPU JE

Umno dan medianya menipu - pembeli tanah

Zulkifli Sulong

TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)

Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.

Khamis, 3 Mac 2011

DAH ABIS MODAL KE ???

Kempen BN di Merlimau bertentangan slogan 1Malaysia

JASIN, 3 Mac: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN.

Beliau yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah dipercayai dilakukan Umno BN berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau dekat sini, petang ini.

Hadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai potensi Pakatan Rakyat untuk menang pada PRK ini, beliau berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tapi perkara yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ujarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

RASUAH TU HARAM TAK FAHAM KE !!!

Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau

Wan Nik Wan Yussof Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.
Orang Asli dijamu arak di Galas

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Mac: Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas telah mengurung orang Asli dalam kempen itu dan memberikan mereka minuman keras.

Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.

Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

(Gambar fail: Orang Asli dipakaikan baju khas sebelum dihantar untuk mengundi)

“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.

“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12.

Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.

“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ.

Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu.

JANGAN TERUS KUTUK ORANG TENGOK DIRI SENDIRI DULU LAA

Siri 03: Kerdau bakal terus tersudut

Dr. Dzulkefli Ahmad Memasukki hari ke-6 berkempen, MB Pahang tentunya menyesal tak sudah-sudah mencabar PAS kononnya ketandusan modal untuk berkempen. Beliau kini semacam terpaksa dikenakan ’rawatannya sendiri’ atau bak pepatah Inggeris “a taste of his own medicine”. Dalam bahasa pasarnya, padan muka dia.

Setelah 53 tahun merdeka, bandar ’cowboy’ Kerdau dalam kawasan Kuala Krau, baru disedari wujud dalam Persekutuan Malaysia ini. Pimpinan Umno/BN sewajarnya malu dan kesal betapa sebuah DUN yang bernama Kerdau bahkan seluruh Kawasan Parlimen Kuala Krau tersudut dan terpinggir dalam arus pembangunan negara. jauh dari kerancakan perkilangan yang menjana pekerjaan dan pendapatan buat pihak berkuasa tempatan. Kini Kerdau diancam nasib yang sama untuk beberapa dekad lagi.

Pelik tetapi benar, bagaimana segala pendedahan pengurusan bobrok Adnan Yaakob, masih boleh dia nafikan mentah-mentah, meskipun yang mengkritik dan mendedahkan kepincangan pengurusan beliau bukanlah akhbar Harakah, Rocket atau Suara Keadilan.

Yang mendedahkan kebobrokan dan kebejatan pengurusan tempang beliau adalah Laporan Ketua Audit Negara di bawah kepimpinan Tan Sri Amrin Buang. Setiap tahun telah beliau nyatakan bahawa bagaimana pun yang didedahkan, tetap akan berulang segala ketirisan dan kebocoran akibat pelbagai pengkhianatan wang rakyat dalam ’sistem ’penghantaran’ pemerintahan negara ini.

Meskipun ia adalah kesalahan golongan birokrat, ramai yang berdaleh begitu, tetapi kesemua kementerian adalah dipimpin oleh pimpinan orang politik. Tidakkah bagai dek kata pepatah Cina, ”Ikan busuk dari kepalanya?”.

Adnan tidak segan-segan menyatakan negeri Pahang tidak akan bankrap kerana Pahang boleh pinjam dari kerajaan Pusat. Dengan sikap dan mentaliti itulah MB Pahang ini terus-terusan telah meningkatkan hutang dari tahun 2005- RM1.59 bilion, tahun 2006- RM1.72 bilion, tahun 2007- RM1.91 bilion, tahun 2008- RM2.07 bilion dan tahun 2009- RM2.17 bilion.

Meneliti Laporan Ketua Audit Negara akan menyelak pelbagai kebejatan pengurusan pentadbiran beliau sepertimana telah didedahkan oleh Siri 01 dan Siri 02 penulisan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas isu Pembalakan, hasil mahsul yang sepatutnya mengkayakan kerajaan negeri tetapi telah benar-benar menjadi ”Bala” , iaitu Spag’n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Rakyat bakal menganggung serta membayar saman ini, bukan duit Adnan Yaakob!

Begitu juga disamping pembalakan, kebejatan akibat pencerobohan perlombongan, pencerobohan hutan dan sungai (pasir) mengakibatkan kerugian pendapatan dan kemusnahan alam sekitarnya. Bayangkan kalau ia berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat tentunya telah dimuat dimuka depan akhbar perdana BN.

Mungkin rakyat Pahang wajar tahu bahawa Adnan mudah-mudah menepis kritikan bahawa MB Pahang pada tahun 2007 membeli beli plat kereta CCC 9 dengan harga RM48,000. Mungkin ada yangmenyanggah apa sangat kalau dibanding dengan harga sebuah bilik hotel 7 bintang semalam isteri PM yang mencecah lebih RM100,000.

Semua itu telah menjadi mangli kepada segelintir pemimpin tertinggi negara ini, justeru kerana rakyat tidak peduli kerana terus menyokong beliau. Begitu juga apabila Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa sebuah ’Armchair Nyatoh Timber Leg’ yang hanya berharga RM990 di pasaran, dibeli dengan harga kontrak RM3,530. Begitu juga perolehan sebuah ’spiral pendant light’ yang berharga maksima di pasaran RM9,200 di beli dengan harga RM38,700.

Kesemua kebejatan yang ditakrifkan sebagai ’tidak memuaskan’ oleh Laporan Audit ini telah menjadi ’mangli dan ’biasa-biasa’ sahaja bagi seorang MB yang tahu bahawa beliau akan di’bail-out’ oleh Kerajaan Pusat akhirnya. Ke begitu?

Malang segala-segala ini akan berulang sehinggalah rakyat akan bangkit untuk menyatakan ”Cukupdah Kebejatan Ini”, sementara golongan muda yang lebih cerdik akan melaungkan ”Enuf is Enuf” seperti mana rakyat di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat lakukan dalam PRU ke-12 lalu.

Sehingga itu berlaku, Presiden Umno dan Menteri Besar Pahang tahu dan ’yakin’ bahawa rakyat dan pengundi Melayu khususnya di Felda akan tetap setia dengan Umno. Justeru itu, mereka mesti digula-gulakan dan didodoikan sampai bila-bila. Mereka mesti kepong dari mendapat maklumat alternatif dari media baru kerana akan berlaku ’tsunami besar’ pada PRU ke-13 andainya ”pencerahan minda dan kemerdekaan jiwa” berlaku.

Andainya golongan peneroka memahami bahawa tidak boleh selama-lamanya menjadi ’Peneroka’, maka akan berlaku ’kebangkitan besar’. Mereka wajar digerakkan dan dikejutkan bahawa kini mereka mesti bergelar ”Pemilik dan Tuan”. Kerajaan perlu kikis dan ubah mindset ini. Sebab itu mereka sentiasa dimangsakan. Dah 50 tahun masih lagi meneroka! Tuan dan pemilik ini perlu disedarkan bagaimana Felda Plantation menjadi sebuah korporat besar sementara mereka masih terperangkap dengan kepompong regim pendapatan RM1,500.

Maklumat akan menerangkan kepada mereka baahwa ada kawan-kawan seangkatan dengan mereka sudah merdeka dan memenangi kes-kes di Mahkamah. Mereka baru sahaja diberitahu ANAK bahawa kewujudan Felda Plantation sebagai entiti korporat menyanggahi dan berlawanan dengan peruntukan Akta Penempatan Berkelomppok , 1960 (GSA).

Adnan hanya akan berada di ambang bahaya, apabila rakyat dan pengundi di Kerdau dan Pahang celek! Beliau tahu beliau akan menang sekali lagi. Tetapi sampai bila mahu begini?

Selagi itu Adnan masih boleh hidup dalam penafian dan terus berbohong!
----------------------------------
Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

JANGAN BUAT BERITA PALSU BURUK PADAHNYA

Xavier saman Free Malaysia Today dan wartawannya

Harakahdaily

SHAH ALAM, 3 Mac: Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor (Adun Seri Andalas) telah mengarahkan peguam beliau Derek J. Fernandez melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah untuk menyaman portal laman web Free Malaysia Today dan wartawannya B. Nantha Kumar.

Ini berikutan tersiarnya sebuah artikel oleh portal laman web tersebut pada 22 Februari bulan lepas bertajuk “Xavier Pleads To Be Retained As Exco” yang antara lain mengatakan bahawa ahli Exco berkenaan telah merayu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dikekalkan dalam barisan Exco Negeri Selangor.

Dalam kenyataan media pada 24 Februari 2011 yang lepas, Dr. Xavier menafikan sekeras-kerasnya laporan itu dan sebaliknya mengatakan bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Exco Negeri Selangor

Hari ini syarikat guaman itu telah menghantar Notis Tuntutan (Notice of Demand) kepada kedua-dua defendan tersebut agar memohon maaf dan menarik balik artikel dan membayar sejumlah kos gantirugi yang berpatutan dalam tempuh 7 hari dari tarikh notis tersebut.

Notis yang sama akan juga dihantar kepada akhbar berbahasa tamil, Tamil Nesan yang turut menyiarkan laporan yang sama pada 23 Februari yang lepas.

Dalam tuntutannya, Xevier menuntut agar laman web berkenaan menarik balik laporan itu dalam masa tujuh hari, memohon maaf, jaminan tidak akan mengulangi laporan sebegini dan membayar kos dan kerosakan akibat dari laporan itu sebanyak RM100,000.

Jika surat tuntutan ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari, tindakan saman akan dimulakan ke atas laman web itu.