IKLAN KOMERSIAL

Ahad, 3 April 2011

MENGULAS ISU SEMASA DARI BLOG M.A.S

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam buat pembaca blog yang dirahmati dan dikasihani oleh Allah S.W.T dan selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.a.w dan seluruh umat islam sedunia.

Alhamdulilahirobbilalamin wasolah tu wasalam mualaih saidina muhamaddin wan-biya iwal mursalin amma'badu,

Pembaca blog yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
Saya ingin mengulas beberapa pekara yang terdapat dalam blog seorang sahabat saya iaitu saudara M.A.S tentang isu sexting dan korean yang menjadi trend dalam masyarakat malaysia pada zaman sekarang ini.

Pembaca blog yang dirahmati oleh Allah S.W.T,
pertama yang ingin saya sentuh ialah isu sexting, saya ambil contoh dari blog M.A.S
yang berbunyi :.SEXTING iaitu campuran daripada SEX + TEXTING , atau dalau bahasa melayunya , SEKS + MESEJ atau SEXTING lebih kepada dunia SEX dalam telefon bimbit sama ada mesej atau panggilan , semakin digilai oleh REMAJA dari SELURUH DUNIA , woww , itu mas sangat terkejut dan mas baru tahu apa makna sexting ini , pertama yang diungkai dalam article itu adalah berkenaan dengan penukaran gambar.
Apa yang ingin saya huraikan disini ialah sexting ni merupakan suatu pesanan ringkas yang mengandungi unsur-unsur lucah atau bahasa lucah, yang penulis sangat kesal kerana didalam facebook sendiri pun ramai anak muda yang tidak segan silu mempromosi aurat-aurat mereka didalam muka buku sampai ramai anak-anak muda mendapat dosa selama sepanjang hayat mereka selagi picture-picture mereka tidak dideletekan.

Pembaca Blog Yang Dirahmati oleh Allah S.W.T,
sudahlah kes rogol,cabul,dan zina serta berdua-duaan semakin banyak di muka bumi ini, inikan lagi kes sexting yang menjadi trend baru buat umat islam tak kira lelaki ke perempuan sebab mereka sudah lupa dgn sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Akan berlaku hari kiamat jika terlalu banyak anak tidak sah taraf dimuka bumi ini (hadis sahih).
yang masih tak malu siap post gambar bogel diri sendiri di laman web lucah untuk mendapatkan keuntungan dan untuk kelebihan untuk kekasih mereka adakah mereka tidak sedar bahawa isu sexting ini akan meningkatkan lagi kes jenayah syariah di bumi malaysia yang tercinta ini... itu sahaja ulasan yang penulis dapat menulis.

Pembaca blog yang dirahmati oleh Allah s.w.t,
Yang kedua penulis ingin mengulas tentang isu trend korea yang digilai oleh anak-anak dara dan teruna serta mak datin zaman sekarang ini,ini uniknya malaysia sampai orang korea kalo naik van lagi siap dikejarnya dgn kereta masing-masing itu uniknya orang korea,

Pembaca Blog Yang dirahmati Oleh Allah s.w.t
kalau anda memuji -muji orang korea adakah anda tidak sedar bahawa ramai pelakon korea yang top-top belaka sudah membunuh diri kerana hendak mengelakkan masalah seperti pelakon utama winter sonata yang penulis tak beberapa ingat namanya telah membunuh diri kerana tertekan dengan masalah-masalah peribadi dan sebagainya dan adakah kamu sedar bahawa bagi yang perempuan suka sangat tengok body orang korea yang tough-tough tu dan kamu menambah dosa keatas kamu kerana melihat aurat orang korea itu dan saya nak tanya lah kepada kaum korea adakah mereka berminat dengan warga malaysia ??? dan itu yang saya nak tanya.

Pembaca blog yang dirahmati,
itu sahaja yang saya mahu mengulas tentang pekara ini dan saya memohon maaf kalau isi tulisan saya ada yang terasa dan kecil hati serta kurang jawapan yang memuaskan sekian jaza kaullah hu minkum dan assalamualaikum...

2 ulasan:

silalah komen