IKLAN KOMERSIAL

Khamis, 12 April 2012

FAKTA …

Fakta Hari Ini [ 008 ]
Keruntuhan Sosial


a] Bunuh diri
Daftar statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia [NSRM] daripada bulan January hingga Ogos 2010, jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya setiap hari , dua orang akan cabut nyawanya sendiri. Petunjuk ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. Lebih mengejutkan lagi ialah golongan yang paling berkemungkinan untuk bunuh diri ialah lingkungan 16 - 25 tahun.

b] Buang bayi
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah melaporkan bahawa kelahiran anak luar nikah mencatatkan peningkatan yang sangat ketara dalam negara kita iaitu :
16,100 orang pada tahun 2007
16,541 orang pada tahun 2008
17,303 orang pada tahun 2009
Tempoh 5 tahun bermula 2005 - 2009, JPN telah mencatatkan 74,723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat [JKM]
Statistik PDRM pula menunjukkan 396 kes buang bayi yang dicatat dari 2005 - 2010. Lebih memeranjatkan bagi tahun 2011, peningkatan kian parah apabila statistik untuk bulan January 2011 sahaja telah menunjukkan 34 kes buang bayi berlaku.


c] Kemalangan Jalanraya
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri telah mengemukakan statistik bahawa 6,800 nyawa melayang di jalanraya setiap tahun. 65 % kemalangan berpunca dari memandu laju melebih had yang dibenarkan. Sementara golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan ini ialah lingkungan 25 - 30 tahun iaitu sebanyak 50 %

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen