IKLAN KOMERSIAL

Ahad, 15 April 2012

KELEMAHAN PENDIDIKAN TIDAK SEIMBANG…

Assalamualaikum wbt.,

Pendidikan merupakan asas penting dalam kehidupan  seharian. namun masih ramai ibu bapa dan  masyarakat  terutama di kawasan pendalaman masih tidak mengambil kisah tentang kepentingan pendidikan.

Pendidikan ini terbahagi kepada dua iaitu pendidikan dunia dan agama. Kedua-kedua pendidikan ini digabungkan untuk mendidik seorang insan menjadi manusia yang sempurna dan berkualiti.

Kesilapan yang berlaku pada zaman sekarang ini ialah dimana pendidikan agama kurang diambil berat pada ibu bapa zaman sekarang kerana pendidikan duniawi difikirkan lebih penting akan menyebabkan kemajuan sesebuah negara itu boleh dicapai.

Akhirnya dengan tidak mengambil pendidikan agama sebagai suatu asas , ini yang menyebabkan kerosakan akhlak berlaku dalam pendidikan maka manusia pada generasi ini tidak tahu tentang Islam dan mereka  tidak tahu asas solat dan membaca Al-Quran akibat  pendidikan duniawi secara berlebihan.

Kelemahan pemimpin dalam menguruskan pendidikan ini yang menyebabkan umat manusia zaman sekarang memperlekeh-lekehkan agama Islam dan budaya songsang,merempit, melepak tanpa hala tuju dan lain malah yang lebih teruk lagi adalah maksiat dan zina yang berleluasa dan banyak anak luar nikah yang dibuang secara zalim dan teruk.

Oleh itu Pendidikan agama sangat penting untuk menjamin masa depan dan melahirkan umat manusia dengan telus,bersih dan berkualiti,kita berharap pada masa depan kita akan berkelakuan dengan lebih baik lagi…

Sekian Terima Kasih ,Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen