IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 16 Jun 2012

Jerebu: 7 kawasan catat IPU tidak sihat di S'gor, WP

Jerebu: 7 kawasan catat IPU tidak sihat di S'gor, WP
10:53AM Jun 16 2012  
Tujuh kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 7 pagi ini berbanding tiga kawasan semalam.

Tujuh kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (144), Shah Alam (129), Petaling Jaya (127), Banting (117), Kuala Selangor (101) di Selangor serta Cheras (129) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (127).

Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 10 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut lamanweb Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan tiada hujan di seluruh negara pada pagi ini.
  
Namun, beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diramal hujan petang ini.
  
Menurut laman sesawang jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya, yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September.

Rujukan :http://www.malaysiakini.com/news/201032

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen