IKLAN KOMERSIAL

Jumaat, 29 Jun 2012

Kisah Seram Di Unisel Part 1.

 

Pada Hari Isnin , sekumpulan pengkaji makhlus halus sedang membuat rakaman di Asrama Siswi Unisel Bestari Jaya, sebelum mereka membuat aktiviti itu mereka berbincang dengan pengawal keselamatan asrama itu.

Menurut kisah seorang pengawal keselamatan ada sebuah kluster yang keras dimana jin dan orang bunian selalu menduduki umah –umah dalam asrama yang kosong, dimana sudah ramai siswi-siswi yang berpindah randah dari umah itu kerana paling lama siswi-siswi boleh menduduki umah itu dalam 3 hari sahaja.

setelah penerangan panjang lebar oleh pengawal keselamatan itu , sekumpulan pengkaji makhluk halus itu memasuki umah asrama itu dan memulakan tugas mereka itu pada jam 2-4 pagi.

Pada jam 3 pagi pasukan itu memasang kamera cahaya infra merah dah dihalakan ke sekitar umah kosong itu, tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki sedang naik ke tangga ostel tersebut,

Pasukan itu tertanya-tanya siapa pula yang naik ke atas itu padahal semua siswi-siswi sudah melelapkan mata dan , kemudian apabila pasukan itu mencari dan menyiasat beberapa barang tinggalan milik pelajar yang sudah clearance dari hostel itu, mereka terdengar sliding door terbuka tertutup dan mendengar kerusi meja ditumbangkan.

Lalu mereka keluar dari bilik lain dan menuju ke tempat mereka memasang kamera tadi, alangkah terkejutnya mereka melihat sliding door serta peralatan-peralatan itu tidak terusik. Akhirnya mereka mengambil peralatan mereka dan keluar dari asrama itu.

Keesokan harinya mereka membuka kamera itu dan melihat apa yang mereka rakamkan pada larut malam tadi, mereka terperanjat apabila mereka melihat sebuah makhluk halus sedang melihat mereka dalam pic itu.

Akhirnya mereka mengesahkan bahawa ostel siswi merupakan tempat lepak jin dan iblis serta makhluk-makhluk lain….

 

sekian terima kasih….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen