IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 22 Januari 2011

Datang ramai-ramai: Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" di Markaz PAS Taman Melewar 26 Januari ini


Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam, ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Taman Medan, seorang yang berautoriti unutk membicarakan isu ini. Bersama beliau, penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat).

Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Dan sebarkan maklumat ini kepada semua blog, website, Facebook dan Twitter anda.

Tarmizi yakin, Adun Umno-BN tidak akan mengundi bagi memberikan kuasa terhadap Sultan dalam hal ini kerana mereka lebih suka menyokong Tun Mahathir Mohamad yang telah "mengurangkan" imuniti Raja-raja Melayu pada tahun 1993 yang lalu. Lantaran itu, ia menjadi prinsip Umno. Maka BN Selangor tidak sekali-kali akan berkongsi undi walaupun satu bagi menyokong pindaan ini dibuat.

"Tindakan ini akan menjelaskan kepada umum dan Tuanku Sultan bahawa Umno-BN sebenarnya berpura-pura menyokong Istana, ketuanan melayu dan hak Sultan, sebaliknya apabila terkena batang hidung mereka, maka mereka akan mengelak dan berdalih," jelas Tarmizi kepada Sanggahtoksago.Com.

Jumaat, 21 Januari 2011

TAKYAH BERLAKONLAH SEMUA DAH TAHU

Janji Najib hanya manis di bibir - peneroka Felda
Harakahdaily

LABIS, 21 Jan: Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.

(GAMBAR ATAS: Inilah deretan kedai usang di Felda Cempelak yang sekian lama terbiar.)

Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.

"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.

Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini.

(GAMBAR KIRI: Pelbagai janji dibuat Najib ketika berucap di Tenang)

Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.

"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi.

Mereka juga menunjukkan bagaimana deretan kedai usang yang ada dio kawasan Felda mereka yang tidak pernah diambil hirau oleh pihak Felda apatah lagi pemimpin mereka di Kuala Lumpur.

"Kami masih ingat janji mereka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana saudara saya juga ada di Felda Sungai Buaya itu.

"Najib ada menjanjikan RM5000 untuk satu projek. Secara cash Najib bagi RM1000, selebihnya dijanjikan nak beri selepas daripada PRK Hulu Selangor itu selesai. Apa yang berlaku ialah, sehingga kini mereka kata, wang selebihnya yang dijanjikan itu masih belum diberi," katanya.

(GAMBAR KIRI: Helikopter yang menghantar Najib ke Tenang.)

Mereka juga mempertikaikan, rancangan memberikan 500 lota tanah kepada generasi kedua Felda.

"Adakah Najib serius? Jika serius, apa hitam putih perlaksanaannya? Bila hendak dimulakan pemberian tanah tersebut dan bila hendak dimulakan projek-projek pembangunan? " tanya mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengulas isu ini berkata, Najib hanya nak tunjuk gah semata-mata demi membina persepsi masyarakat Felda khususnya Felda-felda di DUN Tenang ini demi meraih undi melalui kempen murahan dengan menaburkan janji-janji palsu menjelang PRK ini.

(GAMBAR KANAN: Ini pula tapak projek MEE SEGERA yang dicanangkan oleh Najib sebagai tanah pembangunan untuk manfaat generasi ke-2 Felda. Waktu ni baru terhegeh-hegeh nak buat!, kata mereka.)

"Janji-janji palsu ini hanyalah silap mata Najib kepada para peneroka dan warga Felda demi menutup jenayah-jenayah penipuan Umno/BN yang telah dilakukan sekian lama demi mengaut keuntungan dari kerahan tenaga dan perit jerih warga peneroka," kata Mazlan.

Ekoran itu, beliau juga mencabar Najib, agar menunjukkan buktikan berapa keluarga peneroka di Felda Chemplak ini yang pendapatannya RM3000 sebulan sebgaimana yang dikatakan Najib dalam ucapannya baru-baru ini.

INILAH KALAU KITA SOKONG PEMERINTAH HABIS ISLAM DIMUSNAHKANYA

Syarikat Perjudian Malaysia No. 1 Dalam Dunia!


genting-highlands

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman




Advertise Here

Top-10 casinos by number of employees

Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the “City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.

This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.

Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.

As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.

The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.

The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.

Top-10 largest casinos by number of employees

1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Source: Casino City

ORANG YANG TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH IALAH MUNAFIQIN,FASIQIN DAN KAFIR.

UMNO Gerun Dengan Doa TGNA


Akhbar arus perdana bising-bising mengenai isuDOA Tuan Guru. Dilaporkan kononnya tokoh agama dan ulama membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Kononnya perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.

Bersuara juga ulamak pengampu iaitu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.




Advertise Here

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

Katanya lagi:

“Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.

Persoalan pertama yang perlu dijawab oleh mufti berkenaan ialah apakah pemerintahaan kerajaan negara ini pemeritahan kerajaan Islam, yang kedua apa hukumnya pemerintah yang zalim yang merompak hak rakyat dan yang ketiga siapa kafir harbi di dalam negara ini?

Yang pertama, perlu diakui pemerintahan negara ini bukan pemerintaan kerajaan Islam. Buktinya banyak:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”

akhbar_najib1(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan) “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor) “Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan) “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)“Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)“Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993) “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994) “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994) “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994) “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992) “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)“Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992) “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992) “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

Persoalan kedua, kezaliman pemerintahan BN terhadap rakyat Kelantan dengan merompak royalti minyak mereka dengan tidak mematuhi perjanjian.

Pemerintah yang zalim wajar ditentang. Apatah lagi pemerintah yang ada melakukan rampasan kuasa ke atas sebuah negeri yang telah dipilih oleh rakyatnya. Kezaliman pemerintah itu perlu ditentang walaupun ia dilakukan ke atas bukan-Islam sekalipun.

Kerana prinsip Islam adalah jelas.

Suratul-Maidah : 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ketiga : Siapa Kafir harbi di negara ini?

Banyak tuduh-menuduh siapa kafir harbi. Golongan UMNO kata DAP Kafir Harbi sebab ketuanya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan, langkah mayatnya sebelum dapat ditegakkan negara Islam. Jika demikian apa kurangnya dengan kenyataan pemimpin-pemimpin MCA?

secular_state

Jadi jangan tunjuk kepada orang lain jika rakan anda sendiri lebih lama dah tentang Islam.

Ia hanya persoalan persepsi terhadap Islam yang telah dikelirukan UMNO sekian lama kepada orang bukan Islam – sepertimana ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang jahil seperti quotation yang banyak tadi.

Kegentaran UMNO terhadap doa TGNA adalah akibat dari kezaliman yang mereka sedar mereka telah lakukan.

Tetapi PAS jangan cepat gembira, kerana GB juga tak menduga bahawa di hari yang sama dengan TGNA berdoa, GB yang hina ini juga digerakkan hati oleh Allah s.w.t. untuk berdoa. Di sini.

Dan GB ditanya oleh beberapa orang ahli PAS, tak boleh ke kita maafkan saja mereka?

GB jawab boleh dimaafkan jika mereka meminta maaf secara terbuka kepada semua ahli akibat dari perpecahan yang mereka telah wujudkan serta tidak mengulangi kezaliman itu lagi samalah seperti UMNO jika dia meminta maaf kepada rakyat Kelantan dan tidak mengulangi kesalahannya lagi.

Dalam kedua-dua kes, GB yakin TGNA boleh bersetuju dengan pendirian GB sekalipun ilmu TGNA dengan ilmu GB umpama langit dan bumi.


JADILAH ANAK JANTAN BUKAN ANAK BETINA DUDUK DI REBAN

Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (gambar) menyifatkan, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendebatkan isu ekonomi negara sangat-sangat mengecewakan.

Bahkan, kenyataan berbaur ugutan yang dibuat oleh PM amat memalukan dan menjatuhkan imej beliau di mata rakyat dan masyarakat umum termasuk antarabangsa, katanya.

Bagi beliau, pelawaan tersebut berpunca daripada komen PM mengenai Janji 100 hari Pakatan Rakyat Memerintah yang merupakan tawaran yang sangat wajar buat rakyat negara ini.

"Oleh kerana terdapat perbedaan pandangan bagi hal yang sebegitu penting maka tawaran debat adalah bertempat, seperti mana yg dilakukan di negara demokrasi yang matang.

"Jika benar PM mempunyai segala maklumat seperti yang beliau dakwa yang boleh mematahkan hujah Pakatan Rakyat, maka utarakanlah dalam debat itu agar dinilai oleh rakyat," katanya.

Bagi Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai, Kelantan, ugutan Najib untuk mendedahkan aib lawan adalah kelakuan jijik yang tidak langsung menggambarkan akhlak pemimpin tertinggi negara.

"Mengelak diri dari berdebat dan cubaan mengalihkan pandangan kepada masalah peribadi adalah sikap tidak profesional dan menjatuhkan imej beliau sendiri," kata Hatta.

"Saya menggesa Najib tidak berdalih dan segera menyahut tawaran ini," katanya.

Bagi beliau, tindakan Najib kebudak-budakan apabila cuba mengelakkan diri dari berdebat secara bersemuka, "Ini adalah sifat pengecut."

PR Ikrar Pertahan Islam Sebagai Agama Rasmi

tt dokumenweb

SHAH ALAM: Kedudukan agama Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang terkandung dalam empat dasar Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, menyedari Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak-hak agama lain akan tetap dijamin bagi memastikan keharmonian kaum dikekalkan.

“Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

“Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ka dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama,” menurut buku laporan dasar Pakatan Rakyat yang diedarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini. Read more

TAKZIAH DIUCAPKAN DAN BERITA BAIK KEMUNGKINAN ADA DUA PRK KAWASAN DUN LA....

ADUN Merlimau Meninggal Dunia, Satu Lagi PRK Bakal Diadakan
Oleh Suara Keadilan

MERLIMAU 20 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Barisan Nasional Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi akibat serangan jantung semalam.

Kematian ADUN tersebut telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

IKUTLAH UNDANG-UNDANG KERAJAAN NEGERI BUKAN TEKAK SENDIRI YE....

Dun: Umno putar belit tafsir undang-undang?
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Umno disifatkan sengaja memutarbelit tafsiran undang-undang apabila mengatakan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Sebaliknya, speaker Dun negeri sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya dan berhak mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi Dun jika menepati tafsiran undang-undang.

Semalam, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun dalam reaksinya mengatakan Teng tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang. Sebaliknya, yang berhak menentukan kekosongan kerusi itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, Speaker Dun Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan kerusi Dun secara bersurat.

Oleh itu, beliau berpendapat, tindakan Speaker Dun Selangor yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang itu sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Pakar perundangan, Prof A. Aziz Bari dalam ulasannya bagaimanapun berkata, dari segi prinsip undang-undang, speaker sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya.

Sebaliknya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisinya menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihanraya.

"Tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, apabila keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

"Dengan itu, kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor," katanya kepada wartawan.

Dalam hubungan ini, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, yang diisytiharkan hilang kerusinya itu semalam, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng Chang itu sebagai tidak sah.

Menurutnya, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan. Jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dengan keputusan Teng, dia boleh membawanya ke mahkamah.

“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini. Speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," katanya.

Di Perak, keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan tiga kerusi Adun yang melompat parti, dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah.

Berdasarkan kes mahkamah terhadap Adun Behrang dan dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

“Di Kedah pula, keputusan speaker yang melaksanakan peruntukan perlembagaan terhadap kerusi Dun Kota Seputeh sebagaimana di Selangor semalam, masih tergantung.

"Tema pokok dalam semua kes-kes itu, meskipun isu dan faktanya berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Inilah yang menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan, tetapi ini kerja speaker,” tegas Aziz.

JANGAN SUKA SANGAT KUTUK ORANG BURUK PADAHNYA

BN terdesak serang peribadi calon PAS
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.

"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.

"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya.

Ahad, 16 Januari 2011

Najib hanya mahu calon yang boleh menang

Jan 16, 11 3:30pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai pengerusi BN untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti, bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang boleh membawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan konvensyen SUPP bertemakan "Berjuang Untuk Rakyat" di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Wujud keperluan untuk memastikan bahawa calon-calon yang dipilih juga diterima rakyat di kawasan pilihan raya kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi SUPP untuk kekal relevan dalam usaha menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006, katanya.

Berdasarkan prinsip itu, beliau berkata semua parti komponen BN di negeri ini perlu menjalankan penilaian bukan dari sudut kedudukan calon dalam parti semata-mata tetapi berfikir lebih mendalam supaya ada opsyen atau pertimbangan yang lain.

Sebelum itu, Najib memberitahu 6,000 perwakilan yang hadir bahawa beliau mahu SUPP mengemukakan nama-nama mereka yang boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

"Tolong beri saya calon-calon yang boleh menang, saya tidak peduli sama ada mereka tua, baru atau pertengahan umur asalkan mereka boleh menang."

Dalam usaha menghidupkan semula parti dan membariskan muka-muka baru, beliau berkata SUPP, yang kebanyakannya mewakili kawasan bandar, perlu untuk berhubung, memahami dan menyelami kehidupan rakyat dan melindungi kepentingan mereka.

Beliau berkata kepimpinan BN akan menyokong dan memberi ruang yang diperlukan kepada SUPP asalkan ia wajar dan matang dalam kerjanya tanpa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyinggung parti-parti komponen negeri yang lain.

"Cakap dengan saya atau Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Kita akan menyelesaikan banyak masalah termasuk isu tanah yang mana premium tanah Sarawak merupakan yang termurah di negara ini.

"Tapi anda (SUPP) tidak boleh terus mendesak tanpa memberi respons. Anda mesti respons kerana kita tidak boleh terus memberi tanpa mendapat sebarang sokongan untuk BN," katanya yang jelas merujuk kepada permintaan seperti lebih banyak peruntukan pusat bagi sekolah Cina dan mubaligh, industri kecil dan sederhana dan tanah negeri bagi tujuan pertanian yang dibawa oleh Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan.

Dalam menangani kepelbagaian masyarakat hari ini, yang banyak menitikberatkan kepada kualiti hidup, beliau mengesyorkan supaya SUPP membentuk unit siber untuk berhubung dengan generasi muda terutama penduduk kota mengenai isu berkaitan bandar termasuk perumahan dan mengurangkan banjir.

"Ya, kita kalah dalam perang siber pada pilihan raya lalu tetapi apa yang kita buat mengenainya," katanya.

Beliau berkata golongan muda bukan anti-kerajaan berdasarkan respons yang diterima dalam akaun Facebooknya dengan 500,000 peminat setakat ini dan akaun twitter #tanya Najib, yang merupakan akaun kelima paling aktif dalam dunia blog mikro dalam jangka masa singkat.

Najib berkata, sebagai parti di mana BN juga bergantung harap bagi mendapatkan sokongan daripada komuniti bandar, SUPP perlu memahami mengenai masyarakat yang sedemikian kompleks yang tidak bergantung kepada politik pembangunan atau politik meluluskan peruntukan kerajaan seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu.

"Baru sahaja umumkan beberapa juta ringgit untuk sekolah-sekolah Cina semasa pilihan raya kecil tidak menjamin sokongan dari kaum Cina," kata merujuk kepada kekalahan BN kepada DAP di Sibu.

Bagaimanapun, Najib yakin bahawa SUPP melalui proses muhasabah dan transformasi politik, kerjasama dan sokongan daripada tiga parti komponen di Sarawak, akan menjadi satu kekuatan untuk diambilkira.

- Bernama

SELAMAT BERTANDING DAN BERJUANG...YANG PENTING BUKAN KEMENANG TAPI KEREDAAN ALLAH SWT....BERSUNGGUH2LAH@BERDOA TUK KEMENANGAN

PAS letak calon wanita bertanding di Tenang

Abdul Rahim Sabri & Kuek Ser Kuang Keng
Jan 16, 11
1:08pm

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini. Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain. Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.



Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

"Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan.

Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

sementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.

Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.
Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita. Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan. Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno. Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini. Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Jumaat, 14 Januari 2011

LAST DAY OF HOLIDAY

Sabtu 15/01/2010 3.55 pm hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti mid semester pada semester 2/2010/2011 dan pada hari inilah aku mengemaskan semua pakaian-pakaian yang berlonggok dan bersepah.Banyak memori-memori yang indah dan aku berasa sedih kerana masa itu berlalu dengan pantas dan aku berasa malas nak balik dan saya kalau boleh nak stay at home sampai akhir hayat namun apalah dayaku sebab tuntutanmenyambung pelajaran yang amat penting bagi aku dan parents aku dan aku beserah kepada Allah untuk menentukan masa yang ditetapkan .sekian wassalam

UMNO BAWA PELAKON VETERAN


KUALA LUMPUR, 14 Jan:Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali untuk menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalil yang menyifatkan Ummi sebagai 'pelakon vateran' Umno bagaimanapun yakin dia tidak akan berjaya mengheret Anwar ke penjara.

"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Datuk Seri Anwar.

"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

"Bagi saya, mereka sudah tak yakin dengan budak Saiful untuk penjarakan semula Datuk Seri Anwar.

"Sekarang pelakon veteran Ummi dibawa kembali dengan cerita yang diketawakan oleh rakyat Malaysia termasuk budak-budak tadika," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Umno BN menggunakan serangan peribadi untuk memusnahkan Pakatan rakyat membuktikan mereka sudah kehabisan idea dan takut untuk berdepan isu nasional yang melibatkan rakyat.

"Kalaulah agenda menyerang peribadi dalam Pakatan nampaknya ke depan , itulah tanda BN sudah kehabisan modal.

"Maknanya BN sudah sangat celaru dan tidak berani berdepan dengan isu nasional yang lebih penting," katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan Ummi yang menunggu sehingga sepuluh tahun sebelum menampilkan 'bukti baru' mendakwa penglibatan Anwar dalam skandal seks.

"Lucunya Ummi dah tunggu sepuluh tahun baru dedah bukti baru, nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam, Ummi dalam sidang medianya nekad akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.

Ummi sebelum ini juga merupakan saksi utama dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Anwar pada tahun 1998.


SEMUA PARTI INGIN KHIDMAT YANG BAIK....CUMA ADAKAH KHIDMAT TUK KRONI2 ...KAWAN2 ...SAUDARA MARA....SEPARTI SAJA..NI YANG TAK BETUL...

Mustafa wakili Pakatan jumpa SPR bincang p'raya adil
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Pakatan Rakyat diwakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan isu pilihan raya yang bebas dan adil.

Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Pertemuan itu dicadangkan pada 19 Januari ini, tiga hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

"Datuk Mustafa Ali mewakili ketiga-tiga parti telah menghubungi SPR untuk mengadakan pertemuan dengan kadar segera dalam isu menyentuh pilihan raya Tenang dan juga prosedur dan keprihatinan kita dalam isu SPR," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Menurut Anwar, mesyuarat juga meminta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti untuk mengatur pertemuan dengan Bersih bagi membincangkan isu-isu percanggahan peraturan pilihan raya.

"Kita juga minta YB Azmin Ali untuk menyegerakan mesyuarat bersama pengarah-pengarah pilihan raya untuk mengadakan pertemuan khas dengan Bersih supaya isu-isu yang menyentuh pilihan raya diteliti dengan bukti-bukti percanggahan peraturan dan semangat pilihan raya bebas," katanya.

Sementara itu, Mustafa menambah, pertemuan dengan SPR itu bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan adil tanpa sebarang penipuan.

"Menjadi kelaziman apabila kita menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, kita mengadakan pertemuan dengan SPR kerana yang penting bagi kita ialah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

Beliau juga berkata, pertemuan itu bukan sahaja untuk membincangkan prosedur pilihan raya di Tenang tetapi turut akan membincangkan pilihan raya Dun Sarawak yang dijangka berlangsung April ini.

"Hari ini saya telah menghubungi SPR untuk adakan perjumpaan, bukan sahaja membincangkan soal pilihan raya di Tenang tapi juga pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"Kita nak tahu adakah satu peraturan lain kerana kadang-kadang dalam menghadapi pilihan raya ada tambahan-tambahan peraturan.

"Kita cadangkan tarikh pada 19 Januari tapi kita masih menunggu jawapan SPR dan ketiga-tiga parti akan hantar wakil," katanya.

Khamis, 13 Januari 2011

MUSIM SEJUK DI KLANG

14/01/2011 Jumaat 8.23 pagi : aku sekarang berada dirumah,tinggal dua hari nak balik unisel bila balik unisel terkenang pula macam nak balik sekolah beasrama harian rasanya,kenkadang rasa tak nak balik sebab rumah aku tempat baoleh mendapat ketenangan daripada Allah tetapi di Klang inilah aku sukar gile rnak pegi solat berjemaah,sebab almaklumlah setan dah tashkil aku supaya jangan pegi masjid sebab aku kat kampus rajin giler pegi surau dan masjid lima kali sehari semalam dan full sahaja.Tetapi aku jadi serba salah dan rimas kalau tak pegi solat berjemaah sebab aku tahu ganjaran pahala sangat besar.kat rumah aku asyik memerhatikan adik aku yang bongsu nur alya ariff, seronok juga tengok gelagat dia biasalah budak-budak tapi aku merindui zaman kanak-kanak aku dulu sebab rindu nak kena penyangkut baju,tali pinggang,tapak tangan made from bapak aku tapi itu sudah berlalu dan tidak boleh diulang semula dan hujan punturun dengan lebatnya di rumah aku di kampung delek yang terkenal dengan serambi mekah,bermacam-macam kempen dibuat termasuk kempen menutup aurat dan lan-lain lagi.Dan itu sahajalah yang aku menulis pada pagi jumaat ini sekian wassalam

Rabu, 12 Januari 2011

Disebalik Anugerah Juara Lagu 24 dan Isu Masonic

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.




Advertise Here

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini.

disebalik ajl 24 1

disebalik ajl 24 2

disebalik ajl 24 3

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?

pic 17

pic 18

Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

pic 16

pic 15

pic 14

Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.

pic 13

pic 12
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

pic 11

pic 10

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.

pic 9

pic 5

Ketika persembahan Jeffry Din kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain.

pic 4

Apa persamaannya?

pic 3

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

pic 2

pic 1

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.



BILA TIADA SABAR DAN TAK IKUT PERATURAN....KITA PENULIS BLOG BUKAN WARTAWAN....WARTAWAN PUN PUN ADA TEMUJANJI....ADAB KENA JAGA....GAYA KITA ORANG DA


Blogger dakwa dipukul depan masjid


MASJID Rusila tempat AdukaTaruna mendakwa dia dipukul.



KUALA TERENGGANU – Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.
AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.
Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.

Panel SPRM tak puashati penjelasan AG

Jan 12, 11 6:54pm


Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyangkal kenyataan pengerusi panel tersebut, Tan Sri Ramon Navaratnam erhubung penjelasan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan hubungan peguam negara itu dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin.

Dalam satu kenyataan hari ini, panel itu berkata ia telah bermeyuarat pada 10 Januari lalu dan memutuskan bahawa kenyataan Ramon pada 4 Januari mengenai penjelasan Abdul Gani itu, sebagai "pandangan peribadi beliau."

lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patail

"Panel ini juga bersetuju bahawa siasatan oleh SPRM akan diteruskan bila perlu untuk memastikan kebenaran atau sebaliknya terhadap sebarang dakwaan yang dibuat terhadap peguam negara," kenyataan panel itu dipetik.

Selain Navaratnam, antara anggota panel yang hadir dalam mesyuarat pada 10 Januari itu termasuk Anis Yusal Yusoff, Datuk Azman Ujang, Datuk Ishak Tami Kechik, Dr Zainal Abidin Abdul Majid, Prof Emeritus Datuk Abdul Rahman Embong dan Tan Sri Robert Phang.

Abdul Gani dilanda kontroversi sejak beberapa minggu lalu berhubung dakwaan yang timbul di Internet, yang mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan Tajudin, yang sedang disiasat oleh SPRM.

AG dialog dengan SPRM

Abdul Gani didakwa telah mengerjakan haji bersama rakan niaga Tajudin, Shahidan Shafie, menurut sebuah laman anti-BN Malaysia Today.

Selepas menerima tekanan, Abdul Gani menghadiri dialog dengan pegawai tertinggi SPRM dan juga anggota panel suruhanjaya itu pada 4 Januari.

Ekoran itu, satu laporan The Star pada hari berikutnya memetik Navaratnam sebagai berkata, panel itu puas hati dengan penjelasan Abdul Gani.

Kenyataan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh dua lagi anggota panel berkenaan – Ishak dan Pang.

Tajudin yang mengetuai MAS dalam tempoh 1994 hingga 2001, didakwa telah menyebabkan syarikat penerbangan negara itu kerugian sehingga RM8 bilion.


KJ terus cabar Anwar berdebat




KJ terus cabar Anwar berdebat
Joseph Sipalan
Jan 12, 11
3:21pm


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini terus mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima cabarannya untuk berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat yang dilabelnya 'tidak realistik'.

NONEMengulangi nada yang sama seperti Datuk Seri Najib Razak - Khairy berkata tidak ada keperluan bagi perdana menteri untuk 'membuang masa' berdebat dengan Anwar.

“Saya baca di Twitter, seorang penyokongnya berkata 'siapa awak untuk mencabar Anwar'... Saya seorang MP, dia juga seorang MP. Saya dipilih oleh parti saya, tetapi dia pula tidak dipilih oleh partinya,” kata Khairy pada sidang media Pameran Pekerjaan Pemuda BN 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Semalam, Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter.

“Hanya itu saahaja, tuan? Tweet semula kata-kata orang lain. Awak dan saya, Dato' Seri. Mengenai ekonomi. Jom berdebat,” tulisnya.


Nazri cabar debat isu Apco

Jan 12, 11 7:54am



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

azlanNazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, ketua umum PKR, yang mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadaBernama.

NONEAnwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan
gagasan 1Malaysia dan kempen 'One Israel', walaupun kerajaan mendedahkan dokumen ang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lalu, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.

rais yatim pc 020709 02Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Kuala Lumpur, semalam.

Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.

NONEAhli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

"Tak perlu PM masuk perangkap politikAnwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu.

dr shamsul amriSementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

Jan 12, 11 6:06pm


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama