IKLAN KOMERSIAL

Jumaat, 21 Januari 2011

JADILAH ANAK JANTAN BUKAN ANAK BETINA DUDUK DI REBAN

Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (gambar) menyifatkan, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendebatkan isu ekonomi negara sangat-sangat mengecewakan.

Bahkan, kenyataan berbaur ugutan yang dibuat oleh PM amat memalukan dan menjatuhkan imej beliau di mata rakyat dan masyarakat umum termasuk antarabangsa, katanya.

Bagi beliau, pelawaan tersebut berpunca daripada komen PM mengenai Janji 100 hari Pakatan Rakyat Memerintah yang merupakan tawaran yang sangat wajar buat rakyat negara ini.

"Oleh kerana terdapat perbedaan pandangan bagi hal yang sebegitu penting maka tawaran debat adalah bertempat, seperti mana yg dilakukan di negara demokrasi yang matang.

"Jika benar PM mempunyai segala maklumat seperti yang beliau dakwa yang boleh mematahkan hujah Pakatan Rakyat, maka utarakanlah dalam debat itu agar dinilai oleh rakyat," katanya.

Bagi Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai, Kelantan, ugutan Najib untuk mendedahkan aib lawan adalah kelakuan jijik yang tidak langsung menggambarkan akhlak pemimpin tertinggi negara.

"Mengelak diri dari berdebat dan cubaan mengalihkan pandangan kepada masalah peribadi adalah sikap tidak profesional dan menjatuhkan imej beliau sendiri," kata Hatta.

"Saya menggesa Najib tidak berdalih dan segera menyahut tawaran ini," katanya.

Bagi beliau, tindakan Najib kebudak-budakan apabila cuba mengelakkan diri dari berdebat secara bersemuka, "Ini adalah sifat pengecut."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen