IKLAN KOMERSIAL

Ahad, 27 Februari 2011

Banyak-banyak lah bertaubat ye

Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas, Curigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradawi

Oleh Suara Keadilan

AI45Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin.

Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Isnin, 21 Februari 2011

DARI MALAYSIA KINI

Calon MCLM perlu sertai PKR jika mahu tanding

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata parti itu mengalu-alukan kerjasama dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) pada pilihan raya akan datang.

Namun, beliau menegaskan bahawa calon MCLM itu perlu dimasukkan dalam kumpulan calon PKR, sekiranya ingin bertanding atas tiket parti berkenaan.

NONE

Bagi tujuan itu, calon berkenaan mestilah menjadi anggota PKR, tegas Rafizi (berbaju putih) pada satu sidang media hari ini.

"Tapi sebagai parti politik dan juga sebagai usaha kita untuk pastikan perkara-perkara yang kita dituduh lemah dahulu, mana-mana calon tak kisahlah daripada MCLM, dia perlu masuk kepada dasar kita dan perjuangan kita.

"Kalau ada calon yang betul-betul layak, dia boleh masuk kumpulan calon kita untuk dipertimbangkan," tegasnya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan calon berkenaan menukar sokongan setelah memenangi pilihan raya seperti yang berlaku ke atas sembilan orang wakil rakyatnya.

Tambahnya, kerjasama itu tidak boleh dilakukan semata-mata demi mencapai tujuan sama.

"Kita memang tegas, kalau ada calon yang berkaliber, memang kena masuk parti, lalui prosesnya. Kalalu betul-betul layak dan berkaliber seperti diumumkan saya pasti mereka akan mendapat tempat.

"Tapi kita tidak boleh lalui pengalaman sama seperti ada orang kata 'saya hendak bertanding atas tiket PKR, tapi saya mahu bekerja berdasarkan nurani saya sendiri'.

"Bekerja berdasarkan nurani inilah, bila nurani itu dipengaruhi oleh RM3 (juta atau) RM4 juta, nurani dia jadi lain," katanya Rafizi lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya lagi, masalah itulah yang dihadapi PKR seperti ini.

Beliau menyebut contoh ahli parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkiflee Noordin yang menjadi wakil rakyat bebas setelah dipecat daripada parti itu pada Mac tahun lalu.

"Kononnya dia menimbulkan isu berdasarkan nuraninya. Sedangkan (jika) mengikut peraturan parti, ianya sangat sukar (untuk timbulkan isu).

"Kita melalui pengalaman yang menyakitkan dalam isu ini. Jadi kalau semata-mata kita mahu lalui pengalaman sama, saya rasa tidak pintar dan tak adil untuk parti dan juga pakatan rakyat," katanya lagi.

DARI KELAB GREEN BOC

Anak Ayah Pin Cemerlang Dalam Pelajaran
Jertih: “Saya tidak tertekan dengan kisah ayah yang menjadi tumpuan rakyat negara ini, sebaliknya ia membakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran,” kata Mohd Khairul Adhar Arifin, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut, yang memperoleh 4A, sekali gus menjadi antara 12 pelajar cemerlang STPM Terengganu 2010.

Gambar: MOHD KHAIRUL menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM diterimanya, semalam.

Mohd Khairul berkata, sejak ayahnya yang lebih dikenali masyarakat sebagai Ayah Pin, meninggalkan ibunya Che Jaharah Awang, 52, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana menyebarkan ajaran sesat, dia bertekad berjaya dalam pelajaran bagi membalas jasa ibunya.

Beliau yang mendapat A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sastera dan Seni Visual berkata, hanya mengetahui mendapat keputusan cemerlang selepas dihubungi guru sekolahnya dan berhasrat memasuki pusat pengajian tinggi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi guru.

“Saya datang ke sekolah hari ini (semalam) selepas menerima panggilan guru untuk menerima slip keputusan STPM,” katanya ditemui selepas menerima keputusan STPM daripada Ketua Penolong Pengarah Akademik (Bahasa) Jabatan Pendidikan Terengganu, Che Soh Muda di sekolah itu semalam.

Selain Mohd Khairul, seorang lagi pelajar sekolah itu yang mendapat 4A ialah Nor Masrina Masri, 18, tetapi tidak dapat hadir ke sekolah kerana bekerja sementara di klinik swasta di Kuala Lumpur. -BH


Dari Tukar Tiub.blogspot


HARI HARI AKHIR SAEKOR KOLONEL



NOTA:
ini gambar MIRAGE F1 jet pejuang libya
yang lari mendarat di malta
pemandu jet pejuang ini lari kerana tidak mahu
menjatuhkan bom ke atas penunjuk perasaan




MUAK MUAK MUAK DENGAN DINASTI


dari hafez al asad ke basheer al-asad
dari kolonel gadafy ke saih al-islam gadafy
dari mubarak ke gamal mubarak
dari razak huseein ke najib razak
dari hussein onn ke hishamuin hussein
dari mahathir ke mukhriz mahathir

tak kan tak ada orang lain woi

muak muak muak
loya loya loya
muntah muntah muntah


GADAFY DI TV

malam tadi kolonel gadafy berucap di tv
ucapan ini sedang tersebar luas
ucapan ini dalam bahasa arab
terjemahan telah dilakukan

ini betul betul ucapan kaki temberang
ini betul betul mat lebong
ini betul betul kaki kuntau muntau

malaon yang satu ketika dulu diagung agungkan
oleh pelajar islam adalah saekor malaon
yang amat tulen kah kah kah

ini muka penyamun memakai konsep islam

sila cari dan baca ucapan malaon ini
kah kah kah

malaon ini menuduh anak anak muda
yang turun ke jalan raya di pengaruhi oleh ajen asing
kah kah kah... macam pernah dengar ... kah kah kah

kemudian malaon ini kata:


anak muda yang turun ke jalan raya ini
kaki dam
kaki ganja
kaki arak
dan mat gian
kah kah kah

malaon ini terlupa
gian yang paling tegar
ialah gian terhadap kuasa
kah kah kah


SOLDADU UPAHAN

kolonel yang dulunya diagung agungkan sebagai
pejuang islam telah menggunakan orang afrika
untuk menembak curi dari bangunan tinggi
ramai tekah gugur
ada angka 200
ada angka 300
ada yang mengatakan 500 telah gugur
jumlah masih tidak jelas
tetapi yang jelas memang ramai
telah dibunuh mati

HAMPIR LUPA

malaon pejuang islam yang dulu diagung agung
kan oleh pelajar islam di malaysia ini
telah naik tahtha semenjak 1969 kah kah kah

semenjak bila?

semenjak tahun 1969 beeeeb - kah kah kah

TAHUKAH ANDA

di libya tidak ada perlembagaan

TERKINI

ramai askariah telah berpaling tadah
ramai telah memecahkan gudang senjata
dan memberikan kepada para penunjuk perasaan
kini bertempuran telah bermula

SATU JEMPUTAN

Dari Tukar Tiub.blogspot

BERITA DARI FACEBOOK

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG BERANI



nota:
ombak perubahan sedang berlaku
anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!!!


GENGGAM DAN LAWAN

SALUT MEREKA YANG BERANI




ANAK MUDA TELAH BANGUN

KEPUTUSAN PRK UNIVERSITI. (PRO M)

Dari facebook Pro-Mahasiswa UTHM, Batu Pahat, Johor (sehingga jam 2.10 am)

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

Dari Harakahdaily.net

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.


Dari Pakatan Rakyat blog

Akhbar Utusan Rakyat - kami nantikan kemunculan mu


Nampaknya akhbar perdana - Utusan Malaysia dan Berita Harian akan menghadapi saingan yang sangat mencabar bila Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.

Menurutnya , akhbar tersebut adalah bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak dijangka berada dalam pasaran pada Mac depan dengan harga RM1.20 untuk edisi cetak dan RM10 sebulan untuk muat turun daripada internet.

Akhbar khusus untuk orang Melayu, yang dinamakan Utusan Rakyat bagi menyaingi Utusan Malaysia. Bersaiz tabloid 14 halaman akhbar tersebut akan memfokuskan isu sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak

Jika mendapat permit, Hata bercadang mencetak 50,000 naskhah setiap keluaran sebagai permulaan. sumber

Dari Pro Pas Blog

Update. Keputusan Pilihanraya kampus - Gelombang Mahasiswa

Keputusan tak rasmi: Pro Mahasiswa menang di UKM


KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) menang 23 dari 37 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) 2011 bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut keputusan yang dimaklumkan Ketua Jentera Pro Mahasiswa UKM, Mohammad Ismail Aminuddin, sehingga jam 12 tengah malam tadi, jentera Pro-M menang kesemua lima kerusi umum bagi tahun tiga dan empat. Sementara bagi kerusi umum tahun satu dan dua, Pro-M menang dua kerusi dari tujuh yang dipertandingkan.

“Tetapi kita masih belum dimaklumkan baki 16 lagi kerusi yang dimenangi Pro Mahasiswa,” kata Ismail kepada KeadilanDaily.com.

Ismail menjelaskan, pihaknya kini sedang mengemukakan bantahan rasmi berhubung tindakan berat sebelah pengerusi jawatankuasa pelaksana majlis pemilihan perwakilan pelajar, Musa Zainal yang membenarkan dua orang calon Pro Aspirasi bertanding, walaupun tidak layak bagi PRK ini.

“Ini kerana syarat utama untuk bertanding ialah setiap calon diwajibkan menghadiri bengkel pilihanraya. Dalam kes ini, calon dua Pro M tidak dibenarkan bertanding. Tetapi untuk calon Pro Aspirasi, mereka dibenarkan,” kata Ismail.

Berikutan itu, kira-kira 500 pelajar mengadakan demonstrasi membantah tindakan tersebut di Dataram Gemilang, berhampiran Dewan Gemilang tempat diumumkan keputusan rasmi bagi PRK UKM kali ini.
(KeadilanDaily.com.)

Keputusan Lain
.
: Pilihan Raya Kampus 2011 :. Keputusan Pro Mahasiswa :
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]

UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi] [UKM -GMUKM rampas kembali kerajaan mahasiswa daripada Aspirasi selepas 7 tahun menunggu. Menang 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan]

UMK : MENANG [Menang 8 dari 12] [UMK - Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menguasai 8 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Pro Mahasiswa berjaya membina kerajaan di UMK. Syabas !]

UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]

USIM: MENANG [Menang bersih] [USIM - Calon mahasiswa menang tanpa bertanding kesemua 14 kerusi fakulti dan menang kesemua 8 kerusi UMUM. Kerajaan mahasiswa berjaya dibina di USIM]

UMS : MENANG [UMS KAL - Pro Mahasiswa berjaya memenangi 3 kerusi daripad 6 kerusi yang dipertandingkan]

UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi] [UPM - Aspirasi berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan mereka di UPM apabila memenangi majoriti kerusi di UPM. Pro Mahasiswa UPM berjaya memenangi 11 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan]

UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi] [UTM - Aspirasi berjaya memenangi pilihan raya kampus UTM apabila telah memenangi 38 daripada 56 kerusi. Pro Mahasiswa UTM berjaya memenangi 12 kerusi manakala 5 kerusi telah dimenangi oleh bebas]



Laporan keputusan PRK UPSI

CALON UMUM

1.Amirul Afzan b. Norakim (3947)
2.Aman Yasser b.Pramlee (3800 )
3.Mohd Zahar Mohamed Nor (3411 )
4.Muhammad Afiq Fikri b. Mislan (2921)
5.Mohd Faizal b. Amir (2305 )

CALON FAKULTI

Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSK)

1.Ahmad Rusydan b. Sidek (933)
2.Lasmi b. Lukito (1111)


Fakulti Sains dan Matematik (FSM)

1.Nurfasihah bt. Zakaria (540)
2.Noor Hazimah Husan bt. Mohd Johar (515)


Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

1. Muhammad Azli bin Md Ali (517)
2.Nurfatin Nadia bt. Zulkipeli (427)

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)

1.Nursuhaila bt. Alias (359)
2.Mohd Fauzi b. Mandon (326)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

1.Ahmad Muhaimin bin Mohd Taib.
2.Nurain Balqis bt. Ismail


Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP)

1.Shahrael bin Abdul Kassim (84)
2.Siti Nur Salwa binti Kosnan (80)

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

1.Mohd Shahril bin Khasin
2.Norhidayah binti Harun

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK)

1.Mohd Hafiz Amirul bin Amat
2.Zulfadzli Iman bin Naim

Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif (FSKIK)

1.Mohd Saufi b. Harun
2.Wan Mohd Razuha bin Wan Md Zuhaidi


Keputusan rasmi PRK ini hanya akan diumumkan setelah tempoh bantahan esok bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Upsikini memohon maaf atas kelewatan laporan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

(upsikini.blogspot.com)



Pusat Pengajian Sains Kesihatan (USMKK)

Saudari Malihah 603 undi (menang)
Saudara Rausyan 506 undi
Saudara Izwan 573 undi (menang)
Saudari Bayti 188 undi

Pusat Pengajian Sains Perubatan

Saudari Fathirah 729 undi (menang)
Saudari Salwa 620 undi (menang)
Tap Mei Leng 401 undi

UMUM

Saudara Kumareswaran 877 undi
Saudari Shairah 1252 undi (menang)

Pro- M Menang semua kerusi

Jumaat, 18 Februari 2011

MENGATA DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

BANYAK KENYATAAN MAHATHIR KELAKAR



Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad hari ini menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya merupakan sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu. “Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang,” sindir ketua penerangannya Idris.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan telah berkata kepada media bahawa tujuan hidup Nik Aziz hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama-sama dengan DAP serta PKR.

Dalam kenyataannya itu lagi, Dr. Mahathir mendakwa pula Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Bekas Perdana Menteri itu menuduh Nik Aziz juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Dalam satu kenyataan petang ini, Idris pula mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian “melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi” kerana tamak semata-mata hendak menang pilihan raya.

Idris tidak nafikan mana-mana parti politik termasuklah PAS memang mahu menang pilihanraya supaya Islam dapat dihayati kemudiannya. Dan PAS bukannya seperti Umno yang hanya mahukan kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

Idris memberitahu bahawa wadah perjuangan PAS adalah berbeza dengan Umno yang didakwanya hanya menjadikan Islam sebagai sejenis alatan dan bukannya mencapai matlamatnya.

Tambah beliau lagi, di sepanjang PAS mengadakan kerjasama politik dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tindakan berkenaan tidak memberikan sebarang kerugian kepada PAS dan masa depan Islam itu sendiri.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang bermatian-matian mendakwa mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam dalam satu program di bangunan Parlimen semalam turut hari ini dijemput oleh NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu benar-benar berkongsi hasrat yang sama.

Jemputan itu dilihat sebagai sindiran kepada penafian Dr. Mahathir yang pernah berkuasa lama di negara ini.

Khamis, 17 Februari 2011

JANGAN BIKIN FITNAH LAA

Risalah fitnah mula warnai PRK Merlimau



Fitnah dan pembohongan mula mewarnai pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau walaupun penamaan calon dan aktiviti berkempen masih belum bermula.

Pagi ini, petugas keselamatan dan petugas penerangan Markas Induk PAS PRK Merlimau dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk ‘Islam Umno tak masuk syurga’, ‘Islam PAS Masyuuuuk Syurga’ yang memaparkan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memakai cermin mata hitam.

Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk ‘Kemuliaan Masjid Negara tercemar’ juga diedarkan.

Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markas Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.

Seorang petugas penerangan, Irwan Azmi Aziz, 28, ketika ditemui di Markas Induk berkata, bahan edaran itu mungkin disebarkan pada awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di sekitar markas tersebut.

Rakan beliau, Abu Siraj Hod, 32, pula berkata tindakan pihak tertentu mengedarkan bahan tersebut mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS kerana tindakan sebegitu memang biasa dilakukan pihak lawan bagi mengelirukan rakyat.

ISLAM ADALAH AGAMA YANG SYUMUL DAN BUKAN EKTRIMIS

' Pas Ganti Umno ' Hanya Cara Dirikan Islam-Dr Balachandran




KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud.

Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO

ISLAM ADALAH AGAMA YANG SYUMUL DAN BUKAN EKTRIMIS

' Pas Ganti Umno ' Hanya Cara Dirikan Islam-Dr Balachandran




KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud.

Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO

Khamis, 10 Februari 2011

HABISKANLAH DUIT RAKYAT SEBELUM TUMBANG

Belanja boros- pemimpin lari dari landasan Islam


IPOH, 8 Feb: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.

Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat.

Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.

Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

PIEM KITA NI BAKAL ORG POMPUAN KE ????

Rosmah bakal PM Wanita Pertama Malaysia
"Kehebatan "wanita pertama" ini melebihi semua Pemimpin lelaki di dalam Umno, "kerjanya" sebagai BN (Bini Najib) lebih baik lagi hebat daripada semua Pemimpin Tertinggi Umno terutama Timbalan perdana Menteri yang kini semakin panas dengan kembalinya Ts Isa Samad (penternak jaya bukit pelanduk dan pelingkup Felda Sedayan)

Saban hari wajahnya muncul di media mengalahkan Suaminya sebagai PM, ahli politik Umno dan BN juga mengalahkan artis-artis top di Malaysia, Sepatutnya Ds RM perlu menjadi Wanita Pertama menjadi Presiden Malaysia, ada video nyanyi duet dengan mawi lagi tu!

Bezanya Umno dengan PKR sekarang ialah di dalam PKR Suami jadi Penasihat dan Ahli Parlimen Isteri jadi Presiden Parti tetapi Umno Suami Presiden Umno Isterinya pulak Punasihat ditambah lagi dalam Umno ada zionis Apco yang juga jadi Punasihat, di Sebabkan Penasihat lebih Tinggi daripada Presiden maka Ds RM perlu di beri Pangkat yang lebih Tinggi kalau boleh jadikan Malaysia ni sebagai daulah Rosmah mungkin ulama muda Umno dan mufti "cari makan" Umno boleh "Bodek/Kipas/Ampu" Ds RM dengan tarik tangan Rosmah bagi "nak sihat" macam ketua ulama muda muda Umno cakap haritu apabila marahkan PAS sebab bantah IFF Monte Carlo yang Cemarkan Kesucian Islam

Jadi di Harap Ds Najib beri laluan pada Isterinya Ds RM pula jadi PM seperti Ds Anwar dan Ds Wan Azizah buat, Ds Najib perlu letak jawatan Ahli Parlimen Pekan Pahang bagi pada Ds RM pula bertanding di situ yang membolehkan Ds RM jadi Perdana Menteri, Ds Najib pegang jawatan Presiden Umno macam Ds Azizah presiden PKR sudahlah, berkorban sikit untuk isteri yang di takuti

Manalah tau atas kebijaksanaan Ds RM Merampas akan melonjakkan Ds RM jadi Presiden Pertama Malaysia, Bukankan Ds RM dan Merampas gelaran "Wanita Pertama" daripada Raja Permaisuri Agong ? Bukankah Ds RM merampas Ds Najib sendiri daripada bekas isterinya yang dahulu? Daripada menjadi bini ke 2 Najib Ds RM jadi Bini Pertama, beliau sentiasa yang PERTAMA

Lagi Peruntukan yang sepatutnya untuk Tadika KEMAS dan lain-lain Tadika juga di Rampas oleh Ds RM untuk Program PERMATA, tahun pertama RM100 juta tahun Ke2 tambah lagi RM111 Juta, apa salahnya jika peruntukan beratus juta itu di berikan pada Tadika KEMAS atau Kementrian Pelajaran ?

Tidak ada salahnya beri peruntukan pada Bini Najib beratus juta atau beribu juta sekalipun sebab Umno dah gadai Rakyat terutama orang Melayu pada yahudi zionis Apco, tengok pencacai Umno dapat seorang beribu RM sebab tu reka cipta Fitnah yang menggila, tapi betul kah pencacai Umno dapat beribu-ribu ringgit sebulan sebab reka Fitnah sahaja ? apa pun zionis Apco dapat lagi tinggi daripada pencacai Umno, zionis Apco goyang kaki sahaja dapat RM 77 juta setahun, dengan hanya 1 juta RM zionis Apco boleh upah 27 orang pencacai Umno dengan gaji RM 3000 sebulan seorang, gaji Pengerusi Syabas RM 5.1 juta setahun pun tak mampu nak tandingi Gaji zionis Apco yang Kera Jaan Umno bayar RM77 juta setahun

Untunglah orang BN yang pandai Bodek/ampu/ Kipas Datuk RM seperti Menteri Luar yang cakap RM ini bijak dalam PRK Tenang mungkin lepas ini Menteri Bini Najib (BN) patut ampu pula minta PDRM di tukar jadi Polis Datuk Rosmah Mansur lagi pun Datuk Amar Rosmah Mansur lebih bijak daripada Datuk Patinggi Najib dalam iklan sambutan tahun baru cina yang bakal di adakan di Negeri Sarawak yang bakal menjelang

Ds RM telah Membuktikan beliau lebih hebat daripada Suaminya dalam Mengejar Kuasa, Layanan Di Raja waktu lawatan di Oman membuktikan Ds RM "wanita pertama Malaysia" ini lebih hebat di mata Dunia berbanding Raja-raja Melayu, mungkin tidak Ramai Raja-raja Melayu yang dapat Merasai Layanan Di Raja Sultan Oman apatah lagi naik Kapal Mewah Di Raja Oman Fulk Al Salamah ka namanya serta di adakan Konsert Khasnya pula oleh Sultan Oman,

Maaf cakap Yang Di Pertuan Agong pun belum tentu dapat layanan macam "wanita pertama" FLOM (Fart Lady Of Malaysia) ... oops maaf saya tidak bijak bahasa penjajah british ..

Dalam IFF sendiri wanita pertama Malaysia ini seiring dengan Putera Albert Raja Monaco, mungkin selepas ini wanita pertama Malaysia akan di Jemput pula oleh Queen Elizibeth sebab Kejayaannya menjadi Queen Control di Malaysia !"
TKO


MALAYSIA BOLEH LA BIKIN REVOLUSI DI FACEBOOK

Seruan Revolusi Palestin melalui Facebook

RAMALLAH : Revulusi Mesir yang sedang terjadi dan sebelumnya di Tunisia mendorong ribuan pemuda Palestin melayari facebook berkempen menuntut pengunduran Presiden Abbas di Tepi Barat.

Dalam salah satu kampenya bertema “Revolusi Palestin Untuk Turunkan Abbas” yang mula diterbitkan pertama kali pada 31/1/2011, sebelumnya bertemakan, “Penjelaan Pertama tentang gerakan rakyat untuk perubahan”.

Dalam jaringan ini, sejumlah facebooker menuntut Abbas bersama pegawainya segera turun dari jabatanya dan menyingkirkan mereka dari politik Palestin serta tidak bergantung pada pihak luar.

“Hari ini kami keluar untuk pertama kalinya, melalui jaringan sosial ini menyeru perubahan damai di Palestin sebagai respon terhadap keinginan jutaan rakyat Palestin untuk membentuk para pemimpin Palestin yang mempunyai sikap nasionalisme dan berdiri di atas kepentingan rakyatnya serta mendahulukan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi maupun kelompoknya”, ungkap salah satu seruan dalam facebook tersebut.

Namun mereka menegaskan, tidak boleh menggunakan cara-cara kekerasan di lapangan. Pada masa yang sama kami menyeru Abbas untuk tidak menganggap enteng tuntutan rakyat.

Selain itu, dalam kampennya mereka menyeru untuk menggugurkan Abbas dan kroninya di Ramallah.

Mereka mengecam kerja sama keamanan bersama Israel dan konspirasi terhadap penentangan, disamping menjual tanah Palestin serta lari dari prinsif Palestin. (asy)

Sabtu, 5 Februari 2011

ALLAH S.W.T BOLEH TUKARKAN KERAJAAN DENGAN ISTILAH "KUN FAYA KUN"

Anwar: Abdul Taib jangan jadi seperti Mubarak
Feb 5, 11 5:47pm
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.

Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.

Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.

Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.

Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak.

TOLONGLAH KETEPIKAN SETIMEN PARTI POLITIK UNTUK UMAT ISLAM !!!


Encik datang dari Umno bahagian mana?
Khaulah Azwar

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya.

APA LU MAU SIBUK SUKA HATI DIA LA !!!

PAS, PKR 'biadap' berdemonstrasi waktu cuti CNY
Feb 4, 11 11:29pm
Kongsi 244
Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur water cannon 1malaysia 1Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini
yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ELOK HENTAM DIA JE SEBAB DUIT BANYAK HABIS DAA

Tepukan untuk Rosmah di ceramah PKR
Hazlan Zakaria
Feb 2, 11
4:58pm
Kongsi 151
Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri erdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

pkr forum 010211 01Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin.

Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin.

Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A.

Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya.

Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas.