Risalah fitnah mula warnai PRK Merlimau
Pagi ini, petugas keselamatan dan petugas penerangan Markas Induk PAS PRK Merlimau dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk ‘Islam Umno tak masuk syurga’, ‘Islam PAS Masyuuuuk Syurga’ yang memaparkan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memakai cermin mata hitam.
Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk ‘Kemuliaan Masjid Negara tercemar’ juga diedarkan.
Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markas Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.
Seorang petugas penerangan, Irwan Azmi Aziz, 28, ketika ditemui di Markas Induk berkata, bahan edaran itu mungkin disebarkan pada awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di sekitar markas tersebut.
Rakan beliau, Abu Siraj Hod, 32, pula berkata tindakan pihak tertentu mengedarkan bahan tersebut mungkin bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS kerana tindakan sebegitu memang biasa dilakukan pihak lawan bagi mengelirukan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silalah komen