IKLAN KOMERSIAL

Jumaat, 18 Februari 2011

MENGATA DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

BANYAK KENYATAAN MAHATHIR KELAKAR



Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad hari ini menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya merupakan sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu. “Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang,” sindir ketua penerangannya Idris.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan telah berkata kepada media bahawa tujuan hidup Nik Aziz hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama-sama dengan DAP serta PKR.

Dalam kenyataannya itu lagi, Dr. Mahathir mendakwa pula Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Bekas Perdana Menteri itu menuduh Nik Aziz juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Dalam satu kenyataan petang ini, Idris pula mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian “melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi” kerana tamak semata-mata hendak menang pilihan raya.

Idris tidak nafikan mana-mana parti politik termasuklah PAS memang mahu menang pilihanraya supaya Islam dapat dihayati kemudiannya. Dan PAS bukannya seperti Umno yang hanya mahukan kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

Idris memberitahu bahawa wadah perjuangan PAS adalah berbeza dengan Umno yang didakwanya hanya menjadikan Islam sebagai sejenis alatan dan bukannya mencapai matlamatnya.

Tambah beliau lagi, di sepanjang PAS mengadakan kerjasama politik dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tindakan berkenaan tidak memberikan sebarang kerugian kepada PAS dan masa depan Islam itu sendiri.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang bermatian-matian mendakwa mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam dalam satu program di bangunan Parlimen semalam turut hari ini dijemput oleh NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu benar-benar berkongsi hasrat yang sama.

Jemputan itu dilihat sebagai sindiran kepada penafian Dr. Mahathir yang pernah berkuasa lama di negara ini.

2 ulasan:

  1. Politik...politik...amat takut jika mendapat pelbagai maklumat politik...macam-macam di dunia politik.

    BalasPadam
  2. abis dah politik malaysia macam ni apa yg nak dipeningkan daa

    BalasPadam

silalah komen