IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 5 Februari 2011

Sambungan berita UNiSEL yang kedua

Pilihan raya kampus Universiti Industri Selangor (Unisel) menyaksikan 'perlawanan persahabatan' sesama calon Pro-Mahasiswa apabila tiada pihak tampil mencabar penguasaan tiga tahun kumpulan itu di universiti berkenaan.

Ketua jentera pilihanrayanya Muhammad Nasir Abu Bakar (bawah, bertali leher merah) bagaimanapun berkata, daripada kesemua 32 yang terdapat, pertandingan berlaku di kampus induk Bestari Jaya antara 14 calon bagi merebut 12 kekosongan kerusi umum.

NONE"Kita bertanding juga (sesama sendiri) bagi mewujudkan kesedaran politik di dalam kampus.

"Kesedaran berhubung demokrasi dalam kampus amat kurang, sebab itu kita hendak buat juga," kata pelajar tahun akhir daripada Fakulti Psikologi Industri itu.

Pilihan raya kampus Unisel menyaksikan 37 kerusi dipertandingkan dengan 24 kerusi umum dan selebihnya kerusi fakulti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasir, 23, berkata, selepas tiga kali pilihan raya kampus di universiti milik kerajaan negeri itu dijalankan, Pro-Mahasiswa tidak pernah ditentang oleh musuh tradisinya Pro-Aspirasi.

Kehadiran rendah

Hanya sekali sahaja pada tahun lalu, mereka dicabar oleh calon bebas untuk merebut kerusi fakulti tahun lepas, tambah mahasiswa tahun akhir Unisel itu lagi.

Ditanya kenapa perkara itu berlaku, Nasir menjelaskan ia ekoran kumpulan lawan mereka Pro-Aspirasi "tidak pernah ada" di universiti itu.

NONEUndi tertinggi diperoleh oleh pelajar tahun akhir jurusan matematik dan statistik Setiausaha yang juga setiausaha politik Pro-Mahasiswa unisel Mohd Shahimi Arifin.

Beliau berkemungkinan besar dilantik sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang baru.

Sementara itu, Nasir memaklumkan peratusan keluar mengundi kali ini amat sedikit apabila hanya 12 peratus daripada kira-kira 6,500 mahasiswa terlibat dalam pilihan raya yang menggunakan sistem e-undi itu.

"Itulah, masalah tahap kesedaran juga memainkan peranan (menarikmahasiswa terlibat)," katanya dengan nada kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen