IKLAN KOMERSIAL

Sabtu, 5 Februari 2011

TOKSAH LE NAK LESENKAN LAMAN WEB SOSIAL NANTI SOK-SOK AWAK YANG KENA

Kawal internet bawa kekalahan BN
Rakyat marhaen
Jan 29, 11
10:06am
BN perlu berfikir panjang sebelum berkeras meneruskan usaha mereka untuk mengawal penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia kerana tindakan mereka ini mungkin akan "memakan diri sendiri".

Rakyat pasti bangun menghukum dengan menolak mereka dalam PRU13 nanti apabila kebebasan ini disekat.

Dengan mengawal internet, BN mungkin merasakan rakyat lebih mudah dikawal dan seterusnya mereka dapat menyekat dan mengawal kebangkitan rakyat Malaysia yang semakin cerdik dalam memahami apa itu demokrasi dan keadilan.

Jelas sekali, mengawal internet adalah tindakan terdesak BN yang takut dengan kebangkitan rakyat. Mereka baru sedar bahawa dengan internet, rakyat dapat mengekses segala maklumat yang selama ini tidak didedahkan media arus perdana di Malaysia ini.

Rakyat seharusnya mengambil peluang kebebasan menggunakan internet secara positif untuk menyebarkan segala salah laku dan kezaliman BN selama ini.

Jika rakyat Malaysia masih ragu dengan kuasa sendiri (kuasa rakyat) lihatlah mengapa kerajaan China tidak berani mengehadkan penggunaan internet di negara itu walaupun permainan di internet (permainan curi sayur yang sangat popular di sana).

Rakyat Malaysia harus sedar, dengan adanya kebebasan internet, kita dapat mempertahankan hak-hak utama kita iaitu kebebasan bersuara yang sepatutnya tidak dipandang remeh oleh kerajaan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

silalah komen