2011/06/14
KUALA LUMPUR: Laporan badan siasatan bebas berhubung kemalangan maut membabitkan bas dua tingkat di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, tahun lalu, sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata laporan itu dibentangkan di Kabinet pada April lalu dan rujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Dalam kemalangan pada 21 Disember tahun lalu, seramai 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat Malaysia terbunuh apabila bas persiaran dua tingkat yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik ke dalam longkang.
Kong berkata, laporan itu tidak akan diumumkan kepada orang ramai atau dibentangkan di Parlimen kerana implikasi perundangan dan kini terpulang kepada agensi berkaitan untuk melihat syor yang dibuat oleh badan bebas itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
Berikutan kemalangan ngeri itu, kerajaan menubuhkan badan siasatan bebas yang diketuai oleh naib canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, untuk menyiasat kemalangan itu.
Badan tersebut meneliti semua aspek yang menyebabkan kemalangan itu sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silalah komen