KUALA LUMPUR: Semua pemaju hartanah diwajibkan memasang sistem pengumpulan air hujan (SPAH) sebelum pelan pembangunan mereka diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT), berkuat kuasa September depan.
“Jika perancangan (pembangunan) yang tidak mempunyai ciri SPAH, ia tidak akan diluluskan oleh PBT, jadi ia memang akan menjadi syarat wajib.
“Melalui sistem ini, bangunan dan rumah boleh memulihara air hujan dan tenaga dan kita sentiasa menggalakkan pemaju untuk menerapkan (ciri) mengurangkan pemanasan, lebih hijau dan mengelakkan daripada penjenayah daripada mengambil kesempatan,” katanya pada sidang media Persidangan Penyelesaian Hijau dan Pembangunan Hartanah 2011 di sini, semalam.
Chee Heung berkata, bagi bangunan dan rumah sedia ada, pemilik digalakkan membina SPAH atas dasar sukarela.
Sementara itu, beliau berkata, persidangan dengan tema ‘Bandar Lebih Hijau’ yang dianjurkan Pertubuhan Serantau Timur Untuk Perancangan dan Penempatan Manusia (EAROPH) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) pada 28 Julai ini dijangka dihadiri kira-kira 500 wakil kerajaan, pemaju, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) dari serata dunia bagi mencari penyelesaian lebih praktikal berhubung pembangunan hartanah yang lebih hijau.
Katanya, persidangan itu yang membabitkan tujuh pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara sejajar dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mensasarkan pengurangan 40 peratus Gas Rumah Hijau (GHG) menjelang 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
silalah komen